Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, October 24, 2015

MAHFUZ TERUS BEANZZZZZZ... KENAPA TAK KATA, NILAI RINGGIT DAN PASARAN SAHAM AKAN PULIH KALAU BARISAN PEMBANGKANG MALAYSIA LETAK JAWATAN?



Pembangkang di Malaysia tidak ada kualiti dan langsung tidak boleh disandarkan untuk membangunkan negara!

Itu adalah hakikat yang sukar ditelan dan dihadam oleh golongan yang amat meminati barisan pembangkang di negara ini biarpun sudah terbukti, Pulau Pinang dan Selangor yang pernah menjadi negeri terkaya dan memiliki simpanan tunai berbilion berbanding negeri-negeri lain ketika berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional, berubah 180 darjah selepas berada di tangan DAP dan PKR.

Sekarang ini, DAP dengan Lim Guan Eng yang dikatakan sangat hebat itu, hanya mampu menjana pendapatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menjual tanah-tanah kerajaan negeri, manakala perindustrian dan pertanian di bawah DAP, hancur berkecai di seluruh Pulau Pinang. Di Selangor, kerja kerajaan PKR-DAP pula hanyalah menjual entiti-entiti dan aset-aset kerajaan negeri bagi mengimbangi pendapatan yang sangat merosot kerana kurangnya pelabur-pelabur baru.

Tiada apa-apa kebaikan yang mampu diterjemahkan dan dibuktikan oleh barisan pembangkang Parlimen Malaysia. Mereka hanya pandai bercakap dan memperlekehkan apa yang Kerajaan Pusat lakukan.

Salah seorang macai yang cukup pandai bercakap Manakala  bahkan memperolehi Mahfuz Omar seperti biasa, terus menjilat Guan Eng. Apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Guan Eng, akan segera dipersetujui oleh Mahfuz Omar.

Mahfuz Omar, sama seperti Ahli Parlimen pembangkang yang lain, merupakan contoh terbangang semulajadi yang dijadikan Allah Taala sebagai kiasan kepada rakyat Malaysia.

Seperti mengikut telunjuk Guan Eng, atau barangkali juga, itulah sahaja yang mampu difikirkan oleh Mahfuz Omar, menurutnya, Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri petang semalam, tidak lebih daripada sekadar satu topeng semata-mata, bahkan Bajet 2016 itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kerajaan mahu mengatasi masalah kejatuhan Ringgit Malaysia. (RUJUK SINI)

Jangan salahkan Mahfuz Omar kerana zombie memang diketahui mempunyai otak yang telah mati dan mereka tidak mampu berfikir secara jauh. Lebih RM200 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan 2016 itu, dengan perincian pengagihan, terutama yang membabitkan sektor hartanah, perniagaan, saham andil dan sukuk serta pekerjaan, langsung tidak mampu dilihat oleh Mahfuz Omar indikasi kepada usaha kerajaan untuk menaikkan nilai Ringgit.

Dia fikir, nilai Ringgit boleh dinaikkan suka-suka dan bersandarkan kepada konsep persepakatan dan konspirasi seperti yang sering diamalkan dalam Pakatan Harapan @ Pakatan Rakyat yang telah rabak. Dan Mahfuz Omar fikir, di planet ini hanya ada satu benua dan di benua itu, hanya ada negara Malaysia dan perdagangan semuanya adalah secara barter trade.

Namun yang paling kelakar ialah apabila Mahfuz berkata, nilai Ringgit hanya akan naik kembali apabila Najib Abdul Razak meletak jawatan!

Mengapa tidak dia menyatakan bahawa nilai Ringgit jatuh kerana perangai jahat Pembangkang yang bangang, yang bertungkus lumus cuba menakut-nakutkan para pelabur dengan demonstrasi jalanan, yang beria-ia mencipta fitnah seperti yang dilakukan ke atas Lynas, yang mengekang pertumbuhan perkilangan dengan premium dan cukai tanah yang keterlaluan seperti di Selangor dan berpolitik pada semua isu?

Secara logiknya, para pelabur mahupun spekulator matawang seringkali menjadikan gelagat dan perangai ahl-ahli politik dari barisan Pembangkang sebagai indikasi untuk mereka bertindak.

Pelabur mana yang mahu kerugian apabila aktiviti pelaburan mereka diganggu-gugat oleh puak pembangkang di sesebuah negara yang menjadi destinasi pelaburan mereka. Kalau tidak, takkanlah ada banyak undang-undang yang melindungi pelabur termasuklah BAFIA di mana Rafizi Ramli bakal berhadapan dengan hukuman penjara jikalau didapati bersalah!!!

Tapi nak buat macam mana... kan namanya pun MR.BEAN...


2 comments:

Anonymous said...

dia bukan berkata, tapi dia berkokok. dan kokokan dia hanya nak menyedapkan hati bapak ayan Dapigs. itu sajelsh strndrt wakil rakyat bernama mahpos bean.

KAW said...

Okla tu dia kata "nilai Ringgit hanya akan naik kembali apabila Najib Abdul Razak meletak jawatan!"


Kalau dia kata "nilai Ringgit hanya akan naik kembali jika Anwar Ibrahim dibebaskan dari hukuman penjara serta merta!" lagi la naya.....

 
Blogger Templates