Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 29, 2015

NAK SOKONG ISMAIL SABRI ATAU SUBRAMANIAM DALAM ISU PENGHARAMAN VAPE?



Vape sudah menjadi budaya baru di kalangan anak-anak muda walaupun pada mulanya alasan yang diberikan adalah untuk menghindarkan diri daripada merokok. Rata-rata kita boleh melihat di mana-mana, anak-anak muda mengusung rokok elektronik dan ramai pula anak-anak muda khususnya Melayu-Bumiputera terbabit secara aktif dalam penjualan dan pengedaran rokok elektronik tersebut.

Terdapat pelbagai laporan kesihatan tentang budaya menghisap rokok elektronik tersebut. Dan seperti biasa, ia membabitkan kesihatan organ dalaman seperti paru-paru dan jantung.

Maka, beralasankan bimbang dengan budaya yang tidak sihat tersebut, Kerajaan khususnya menerusi Kementerian Kesihatan mengeluarkan pengumuman sedang mengkaji untuk mengharamkan vape, manakala Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pula telah menfatwakan perbuatan tersebut adalah haram.

Sekali lagi, rakyat Malaysia, terutama sekali yang terbabit aktif dalam budaya vape, melenting sakan. Banyak yang menyokong saranan mengharamkan vape, tetapi ada juga yang menyokong. Malah tidak kurang juga yang membandingkan vape dengan rokok yang juga jelas memberikan masalah kesihatan yang parah kepada para penagihnya.

Bagaimanapun, berbanding industri rokok yang cukainya dihantar kepada kerajaan, vape yang berharga lebih mahal pula, kelihatan kurang memberikan 'sumbangan' kepada pendapatan negara.

Sekaligus mengingatkan kita bagaimana syarikat-syarikat rokok di Amerika Syarikat mendanai usaha mempromosikan dan mempublisitikan ganja sebagai herba yang sangat merbahaya tetapi tidak tembakau yang menjana pendapatan lumayan kepada negara tersebut.


Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Ismail Sabri mengambil pendekatan yang sangat TIDAK ORTODOKS, malah bertentangan sama sekali dengan apa yang dikatakan oleh Menteri Kesihatan S.Subramaniam.

Menurut Ismail Sabri, kajian lanjut perlu dibuat memandangkan di Britain, kajian saintifik mendapati rokok elektronik seperti vape hanya menyumbang 5% risiko tembakau berbanding rokok biasa, dan sepatutnya orang ramai lebih memilih vape berbanding rokok biasa. (RUJUK SINI)

Namun agak menarik untuk kita fikirkan, rokok telah terbukti membawa pelbagai jenis penyakit bahaya termasuklah sakit jantung, darah tinggi, kencing manis mahupun kegagalan buah pinggang, tetapi sehingga kini, kerajaan hanya meningkatkan harga jualannya berbanding mengharamkannya terus!!!

Kenapa?



5 comments:

ARazakRahmat said...

Menteri ni pun hisap rokok dan vape.

Ted Manoff said...

Sabri ni sabotage aliran Chukai. ..tapi bagus..rokok menjahanamkan saraf2...

Unknown said...

penhisap vape ni x respect org kiri kanan..sedut ikut suka..anak2 kecil jadi mangsa asap..

Anonymous said...

Saya berpendapat, bagi saudara muslim adalah lebih baik menghormati fatwa pengharaman "vape" yang telah dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan. Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menghormati keputusan majlis fatwa kebangsaan ini kalau tidak kita sendiri. Kita adalah muslim...pada saudara muslim yang masih menghisap "vape" dan juga rokok saya harap berusahalah bersungguh-sungguh untuk tinggalkan tabiat ini...berusahalah untuk mencari alternatif lain untuk berhenti menghisap rokok dan "vape". Saya hanya beri pendapat...sekiranya pendapat saya ini salah tegurlah...

Unknown said...

majlis fatwa mmg perlu dirujuk, tp mereka jugak manusia biasa yg ada kelemahan dan bg saya agak kurag tepat fatwanya mngenai vape ini. Fatwa yg keluar perlu disokong dgn bukti saintifik dan perubatan,bukan hanya dgn pandangan agama semata2, ilmu sains and kesihatan itu juga ilmu Allah, tidak boleh dgn jalan mudah qiaskn sama dgn rokok hanya sebab dua2 benda nmpk berasap. Sgt jelas rokok dan vape sangat jauh berbeza dari segi bahan penghasilan dan tahap kesan pada kesihatan. Jika dirujuk majlis fatwa tentang alasan knp diharamkn vape ini, semua alasannya agak umum dan tidak tepat.

Ini sekadar komentar, tidak bermakna sy lebih bagus dari majlis fatwa ataupun ahli intelek agama. Namun setiap kerja penghasilan fatwa harus teliti dan merangkumi pelbagai sudut. Orang ramai hari ini cenderung utk terima sesuatu berdasarkan fakta yg kukuh dari sumber yg relevan. Andai fatwa yg alasan tidak konkrit dan diragui dikeluarkan, dibimbangi lama2 msyarakat sudah tidak percaya dan hormat majlis fatwa. Ini satu hal yg besar dan mmbawa kpd masalah bharu yg lain.

Negatif pada kesihatan mmg tetap ada, tpi soalnya sejauh mana bahayanya ia sehingga perlu dihukum haram oleh kerajaan mahupun fatwa? Garam juga bhya, lemak juga bhya, serbuk perasa, hatta vitamin berlebihan juga bahaya, ubat sakit jantung juga bahaya, bnyk perkara yg bhya tetapi larangannya adalah bergantung terhadap sebesar mana risiko terhadap kesihatan. Bagi saya garam dan lemak jauh lebih mmberi mudarat pada kesihatan berbanding vape, apatah lgi nak dibandingkan dgn rokok.

Sejujurnya sy mmg tidak dpt meninggalkan rokok 100% sperti kbnyakan org setelah menghisap vape, tp penurunan kuantiti dari sekotak setgh sehari kpda hnya dua batang selepas setiap makan makanan berat amatlah mmberi impak positif yg besar pada kesihatan sya. Alhamdulillah.

Kenyataan sy tidaklah tepat belaka, sekadar pendapat n pndangan dari pmbacaan dan penelitian sndiri.

 
Blogger Templates