Umum mengetahui, Rafizi Ramli sekarang ini sudah tidak mempunyai pengaruh dalam PKR setelah beberapa peremajaan yang dilakukan terutama sekali LANGKAH KAJANG sudah terkangkang. Kemasukan Saifuddin Abdullah dan sebelum itu, Kamaruddin Jaafar ke dalam PKR, membuatkan ruang untuk Rafizi Ramli semakin mengecil sekalipun sekarang ini dia masih lagi memegang jawatan Setiausaha Agung.
'Kehebatan' yang dipamerkannya sebelum ini, sekadar menggegarkan pentas politik, tetapi tidak mampu menggegarkan pentas perundangan apabila dia sendiri berhadapan dengan natijah undang-undang terutama sekali BAFIA yang menyebabkan dia akan kehilangan segala-galanya, termasuklah kebebasannya.
Kononnya berdasarkan daripada 'apa yang didengarnya' dan 'dokumen yang disiasatnya', Rafizi menyatakan SUPER HOSPITAL tersebut berharga lebih RM8 bilion dengan kontraknya diserahkan kepada salah seorang kroni UMNO.
Seorang pengguna Facebook pula sebelum itu telah mencetuskan isu dengan 'penentangannya' kepada pemberian kontrak pembinaan hospital berkenaan kepada taikun air, Razali Ismail yang menurutnya tidak banyak membantu dan memulangkan sebahagian kekayaannya kepada Bumiputera walaupun kaya-raya hasil daripada statusnya sebagai Melayu-Bumiputera.
Untuk membuatkan tuduhannya kelihatan seperti berintegriti, Rafizi Ramli meminta Irmohizam agar memujuk Perdana Menteri mendedahkan surat perjanjian bagi membuktikan ianya tidaklah RM8 bilion sepertimana yang dituduh oleh Rafizi. (BACA DI SINI)
Dengan bercakap besar, yang dia tidak disaman sebagai bukti, isu yang dibangkitkannya itu bukannya fitnah, Rafizi Ramli mencari dalih dengan meletakkan beban tuduhan kepada pihak lain. Berbeza daripada sebelumnya, Rafizi tidak terus mengeluarkan bukti dan melakukan serangan memandangkan dia tidak ada apa-apa kecuali HEARSAY yang diharapkannya akan menjadi isu besar seperti 1MDB yang terus diperkatakan dan dimanipulasikan walaupun tidak berbukti!!!
Dia pernah diseret ke mahkamah kerana menfitnah Rosmah Mansor tetapi kemudian di mahkamah, dia tidak langsung mempertahankan tuduhan-tuduhan yang dijaja ke serata pelusuk Malaysia mahupun luar negara. Sebaliknya di mahkamah, sambil tersengih dia memberitahu, dia hanya BERGURAU!
Adakah ini satu lagi gurauan yang akhirnya membebaskannya seperti juga kes-kes yang lain?
1 comment:
Mugkin dia ...rqpizi ingat dia boleh lepas.....mungkin lepas dari dakwaan di dunia ..tapi kat kubur....kat padang mahsyar...?hari ni dia boleh tersengih.....bangga kerana fitnahnya berjaya ...tapi dia terlupa .....Allah melihat segala perbuatannya....Rasulullah SAW pernah bersabda...lebih baik diam kalau tak ada benda nak dicakapkan.....tak bitu rqpizi?
Post a Comment