Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, October 23, 2015

PEGAWAI MARA YANG DIFITNAH RAFIZI RAMLI DALAM ISU JUAL BELI HARTANAH DI AUSTRALIA, DINASIHATI SAMAN MALU RAFIZI 'SUTUN'!!!



Pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang didakwa terlibat dalam skandal urusan jual beli hartanah di Australia boleh mengemukakan saman peribadi terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pandangan itu diberikan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, ekoran kelancangannya yang menuduh pegawai berkenaan terbabit dalam kes itu sedangkan perincian mengenainya belum didedahkan lagi.

“”Saya serahkan kepada pegawai berkenaan. Pegawai berkenaan boleh ambil tindakan atas kapasiti peribadi jika merasakan tuduhan itu menjejaskan,” katanya.

Annuar berkata, adalah satu tindakan tidak wajar untuk terus menghukum pegawai berkenaan sedangkan kes itu sedang disiasat dan keputusan sama ada bersalah atau tidak belum diputuskan.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, tindakan Rafizi itu menggambarkan sikap pembangkang yang terus mahu menjatuhkan hukuman walaupun siasatan belum selesai dan ia merupakan satu tindakan tidak beretika.

“Mana-mana nama sahaja boleh disebut. Hanya sebut nama sahaja, kita tidak boleh terus menghukum pegawai berkenaan. Ia melibatkan masa depan orang, kita tidak boleh hukum sesuka hati” ujarnya. (FMT)


2 comments:

Anonymous said...

Itulah diantara mentaliti pemimpin pembakang, demi mencapai hasrat, hukum hakam di ketepikan.
Ingat kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya.

Anonymous said...

DENGAN SUTUN PUN TAKUT. TAK TAU NAK KATA APA DAH.....

 
Blogger Templates