Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, October 30, 2015

TONY PUA PENGECUT TAK ADA TELUR... BANYAK PULA ALASAN DAN SONGEHNYA!!!



Mencabar dan terus mencabar, akhirnya Tony Pua sendiri menunjukkan sikap dan keperibadiannya yang tersendiri.

Ia samalah seperti Lim Kit Siang melalak-lalak tentang Malaysian Malaysia dan sayangkan negara tetapi tidak pernah berani menyuruh anak-anak atau saudara maranya menyertai pasukan tentera atau polis, sebaliknya sekadar menjadi peguam yang membela penjenayah. Malah keganasan anggota PKM yang membunuh dan mencederakan para pegawai serta anggota keselamatan juga, tidak mendapat tempat dalam hujah-hujah serta kempen Lim Kit Siang dari zaman awal 1960-an, sehinggalah sekarang. Sebaliknya yang sentiasa bermain di bibir dan tekaknya adalah tentang kuasa Melayu-Bumiputera yang perlu dibahagi-bahagikan sama rata di kalangan rakyat Malaysia, walaupun ketika bermandi darah mempertahankan negara ini, sebahagian besar daripada puak Lim Kit Siang, menyorok dan penakut. Hanya selepas negara aman, barulah mereka bercakap tentang keamanan.

Tony Pua telah lama mencabar Arul Kanda untuk berdebat tentang 1MDB. Pelbagai tuduhan telah dibuat oleh Tony Pua. Pelbagai jawapan juga telah diberikan oleh Arul Kanda namun nampaknya, Tony Pua lebih banyak menang kerana persepsi lebih mudah dibuat berbanding penerimaan kepada jawapan.

Menjelang 3 November di mana Xavier Justo telah menfailkan saman ke atas 'pembeli-pembeli data curi' yang tidak membayar sesen pun kepadanya, Tony Pua kelihatan sangat kelam-kabut bagi memantapkan persepsi yang telah ditanam lebih awal, malah sempat membuatkan ramai orang dan pemimpin UMNO sendiri melompat sakan walaupun mereka tidak dihidangkan dengan bukti-bukti kukuh bagi menyokong persepsi Tony Pua.

Tony Pua sekadar bersandar kepada jawatannya dalam PAC. Justeru, cabarannya untuk berdebat dengan Arul Kanda telah disambut dan dia pula dicabar untuk meletakkan jawatan dalam PAC terlebih dahulu sebelum perdebatan tersebut dilangsungkan.

Maka bermulalah tepis dan tai chi Tony Pua walaupun sebagai salah seorang panel dalam PAC, Tony Pua tertakluk kepada peraturan yang tidak membolehkan dia untuk membincangkan perkara yang dibincangkan oleh PAC kepada umum. Sebagai ahli PAC, Tony Pua juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.

Justeru, untuk membebaskannya daripada bercakap dan berhujah, dia perlu melepaskan jawatannya dalam PAC terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Tony Pua enggan berbuat begitu. Sebaliknya dia mula meroyan menyalahkan semua pihak, termasuklah ahli-ahli PAC lain yang menurutnya tidak banyak bercakap semasa mesyuarat PAC. Malah dia juga menyandarkan kepada hujah, Najib tidak berehat dan meletakkan jawatan walaupun isu 1MDB menjadi isu hangat.


Tony Pua telah diberikan peluang untuk meletakkan paku terakhir ke keranda 1MDB tetapi nampaknya dia tidak berani berbuat begitu. Dia yang mencabar, dia yang mendedahkan, dia yang beria-ia sangat membuka laluan, tetapi akhirnya dia menyalahkan orang lain tanpa mahu melepaskan jawatan yang disandangnya bagi membolehkan dia berdebat.

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh Tony Pua menerusi jawatannya dalam PAC? Kalau lepaskan jawatan, apa sebenarnya yang hilang darinya? Adakah maklumat-maklumat yang dibincangkan di dalam PAC itu merupakan sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh Tony Pua memandangkan berbanding ahli-ahli PAC yang lain, Tony Pua adalah orang yang paling cepat membuat ulasan dan menimbulkan persepsi negatif.

Bagaimana pula dengan keterkaitannya dengan Claire Rewcastle-Brown, Xavier Justo, Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat?

Lebih menarik lagi ialah, sekarang ini komradnya dalam DAP sedang cuba menjadikan isu perdebatan dan perletakan jawatan Tony Pua dari PAC sebagai cubaan menutup mulut whistleblower!!!


4 comments:

Anonymous said...

Kompen ni Cina tak ada maruah, bukan peluang tuip whistle kasi trumpet tak nak pulak. Kalau dah kafir tu kafir juga. Ini pun PAN boleh ikut.

Anonymous said...

Debat ni kerja bodoh. Tony will ask same questions and arul will hive same answers. Both will take a swipe at each other and respective supporters will claim they win the debate. Let pac quickly finish their job and we see their report.

Anonymous said...

saya sebagai rakyat malaysia inginkan debat ini di adakan agar dpt mjawap segala persoalan yg menyebabkan nama malaysia sangat buruk didunia dan memburukan nama najib.. cuma persoalannya skg ne knapa arul mengenakkan pelbagai syarat sblm d adakan debat?? sepatut arul 1mdb x mengenakkan syarat sbbnya xda perkara yg hendak d sembunyikan,knapa perlu risau?? berani kerana benar.. debat je la tanpa sbarang syarat.. pelik..

Anonymous said...

Kiranya, ahli pac ni cam hakim & laywer yg tgh soalsiasat 1mdb. Patutkah laywer yg tgh siasat kes dlm court ajak pi debat kes ni kat luar court. Mmg patut arul suruh dia letak jawatan sbb nnt semua yg didebatkan kat luar dibawa masuk ke pac sbg fakta kes.

inilah musuh dalam selimut negara. entah2 semua maklumat dlm 1mdb dan rahsia2 laim dia jual senyap2 kat singapork. sbb tu tak nak lepas jawatan.

tapi org melayu di sentiasa bersangka baik kan kan kan....

 
Blogger Templates