Isu pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel Kiram bersama-sama dengan Tian Chua dan gambar-gambar Nurul Izzah dan Jacel Kiram memegang plakad yang bertulis 'BEBASKAN ANWAR' telah menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, terutama sekali di Sabah dan keluarga anggota-anggota keselamatan yang terkorban mempertahankan negara daripada pencerobohan dan penjarahan lanun-lanun Sulu Kiram pada tahun 2013.
Pelbagai alasan telah diberikan oleh Nurul Izzah dan kawan-kawan sekongkolnya. Malah Tian Chua juga menjadi begitu garang apabila mengancam untuk menyaman Timbalan Perdana Menteri yang juga adalah Menteri Dalam Negeri kerana menuduhnya sebagai dalang yang mempertemukan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram.
Hari ini terkeluar pula cerita Nurul Izzah akan menyaman Ketua Polis Negara dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri atas alasan telah menfitnah dan memanggilnya sebagai pengkhianat. (RUJUK SINI)
Sepatutnya hari ini, Nurul Izzah telah memberi keterangannya kepada pihak polis. Malangnya tiada sebarang berita tentang perkara tersebut kecuali berita tentang tindakan samannya ke atas Ketua Polis Negara dan Ismail Sabri sahaja.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh pada 24 November lalu berkata, polis telah menerima lebih 90 laporan berhubung perkara berkenaan dan kes telah diklasifikasikan untuk disiasat mengikut Seksyen 124 SOSMA.
Menurutnya lagi, polis telah berhubung dengan pihak Nurul Izzah dan memanggilnya utnuk merakamkan percakapanya. Bagaimanapun, sehingga setakat 24 November, polis gagal berjumpa dengan Nurul Izzah kerana komitmen Nurul Izzah dengan tugasan hariannya. (RUJUK DI SINI)
Macam skrip yang sama dengan apa yang berlaku kepada bapanya dahulu jer... saman sana sini bila dah tahu akan dipanggil untuk merakamkan percakapan.
No comments:
Post a Comment