Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 26, 2015

ISU KEVIN MORAIS: ADIKNYA KATA, ADA BUTIRAN DALAM THUMBDRIVE MEMBABITKAN PEMBUNUHAN KEVIN MORAIS!!!



Sarawak Report yang 'kalah' dalam hasutannya apabila para pemegang saham TNB memberikan persetujuan kepada kegagalan TNB untuk membida loji tenaga Edra, sekali lagi menjadi penyelamat PKR dan DAP dengan menimbulkan satu lagi isu baru.

Isu yang dibangkitkan Charles Suresh Morais, adik bongsu bekas Timbalan Pendakwaraya Mendiang Anthony Kevin Morais sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan apa yang sedang berlaku kepadanya.

Dalam dakwaannya, Charles berkata, dia mempunyai segala butiran berkenaan kes yang dikendalikan oleh mendiang abangnya di dalam sebuah thumbdrive yang sekarang 'tersimpan rapi' di Atlanta, Amerika Syarikat. Katanya, peranti tersebut telah dihantar oleh abangnya tidak lama sebelum Kevin ditemui di dalam sebuah tong dram yang diisi simen konkrit. (RUJUK SINI)

Charles Suresh Morais merupakan CEO Kronos Hotels & Resorts yang memiliki Holiday Inn Select di St. Peters. Dia telah diberkas oleh polis Wilayah Cobb, Georgia pada 4 Ogos 2008 dan berhadapan dengan ekstradisi ke Arkansas atas tuduhan pemalsuan kerana menulis cek palsu. (RUJUK SINI)

Pendengaran ekstradisi tersebut telah diadakan pada 4 September di Mahkamah Agung Wilayah Cobb.

The Holiday Inn Select telah berhadapan dengan tuduhan memberikan cek tendang kepada para pekerjanya dan telah disaman oleh Pihak Berkuasa Fasiliti Konvensyen dan Sukan Wilayah St. Charles hampir USD40,000 kerana cukai hotel tidak berbayar.

Di St. Peters, lesen minuman kerasnya telah dibatalkan oleh Negeri Missouri. Manakala di Lansing, Michigan, dia kehilangan hak francise Holiday Inn kerana berhutang sebanyak USD142,000 untuk cukai.

Pada 16 September 2015, seorang lagi adik Mendiang Kevin Morais, Richard Morais berkata, Mendiang Kevin adalah seorang perahsia, profesional dan tidak berkongsi cerita dengan ahli keluarga mengenai ceritanya. (RUJUK SINI)


'Pendedahan' yang dibuat oleh Charles Morais yang kemudian disambut oleh Sarawak Report serta dimainkan oleh Lim Kit Siang, sebenarnya tidak lebih daripada satu lagi cubaan memeras ugut dan permainan politik yang tidak berkesudahan. (RUJUK SINI)

Justeru tidak hairanlah apabila Ketua Polis Negara berkata, Charles Morais boleh ditangkap dan disabitkan kesalahan kerana tidak menyerahkan bukti-bukti yang dikatakannya, membabitkan pembunuhan TPP Kevin Morais.

PKR dan DAP pasti akan menggunakan dan membesar-besarkan isu ini untuk mengenakan Najib.

Isu besar yang melibatkan kehilangan 11 hartanah kerana kegagalan membuat bayaran oleh Charles Morais dan sekutunya, Sunil Mir, selain akan kehilangan permata dalam perniagaan mereka, JFK Plaza Hotel yang mengandungi 183 bilik berhampiran Lapangan Terbang New York dan ancaman muflis, langsung tidak akan disebut oleh Lim Kit Siang mahupun puak-puak yang suka-suka 'SEMUA SALAH NAJIB'!!!


4 comments:

Anonymous said...

Geli aaah......puak2 pembangkang ni sebenarnya 'PEMIMPIN' atau lebih kepada pondan2 yang suka memfitnah dan mereka cerita

Patutlah golongan2 pondan dan lgbt sangat tertarik dengan politik ala pembangkang..

Anonymous said...

Kalau nak pow cakap jer lah, meh wa ajar cara nak buat duet bro.

Caranya mudah: saman ajer perkhidmatan kurier yang amek masa berminggu minggu untuk hantar thubdrive dari Bamboo River ke Atlanta.

Hah kan mudah dan legal berbanding peras ugut.

Anonymous said...

Ini kes ,,,,kena beli.....mahadey ,vincent tan bnyak duit maa...dia tahu ini olang mahu muflis macm khairuddin ..bagi duit apa2 pun boleh celita......meleka ingat olang Malaysia manyak bodoh....tapi meleka lupa kita olang boleh baca apa lu olang mahu bikin...janji najib jatuhkan.....ini olang semua manyak cilaka ...

Anonymous said...

Bila lagi nak buat duit kalau bukan sekarang! Kot-kot Mahataik dan Guan Eng boleh bagi 200 juta ke 300 juta ke boleh juga buat bayar hutang kat USA tu.

 
Blogger Templates