Masalahnya datang daripada Najib Abdul Razak sendiri... masalah yang tidak sepatutnya menjadi masalah, sekarang sudah jadi masalah besar hanya kerana Najib Abdul Razak terlalu lemah-lembut dalam bertindak!!!
Najib telah menyaman Malaysiakini kerana melakukan fitnah. Najib tolak permohonan Malaysiakini untuk menyatakan kekesalan mereka menerusi kenyataan ringkas dalam portal tersebut. Sebaliknya Najib mahukan Malaysiakini memohon maaf atas fitnah yang mereka buat.
Pengurusan kes tersebut akan dibuat Selasa hadapan di hadapan Hakim Kamaludin Said di Mahkamah Tinggi Seremban.
Najib dalam kapasiti peribadinya dan Setiausaha Eksekutif UMNO, Abdul Rauf Yusoh bagi pihak UMNO, telah menfailkan saman fitnah pada Mei tahun lepas ke atas Mkini Dotcom Sdn. Bhd, Ketua Editor Malaysiakini Steven Gan dan bekas Ketua Editornya, Fathi Aris Omar berhubung dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei 2014 yang disiarkan dalam kolum 'Yoursay'.
Najib
Menurut BERNAMA, defendan turut mendakwa, kedua-dua artikel tersebut juga menunjukkan UMNO telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan parti dan parti pemerintah berasakan Melayu-Bumiputera itu tidak demokratik. (RUJUK SINI)
Sepatutnya dalam hal ini, Najib bukan sahaja menekankan agar Malaysiakini yang cukup lincah dan berleluasa bermain dengan fitnah untuk meminta maaf secara terbuka, tetapi juga disaman dengan jumlah wang yang bernilai sangat besar sebagai pengajaran dan teladan.
Selagi permohonan maaf sahaja yang dituntut, Malaysiakini tidak akan berhenti daripada mengamalkan fitnah yang sudah menjadi budaya dalam kewartawanan serta laporan mereka.
Najib perlu menyertakan tuntutan MAAF DAN JUMLAH GANTI RUGI BESAR!!!
Tidak sepatutnya, Najib sekadar mendesak agar Malaysiakini memohon maaf sahaja.
5 comments:
Saya percaya setiap tindakan yang di buat oleh dato seri Najib ada strateginya...dato seri Najib sudah tentu telah berfikir dan meminta nasihat dari para "penasihat"nya sebelum melakukan sesuatu tindakan dalam politik. Dalam politik, pelbagai kemungkinan boleh berlaku...
Setuju, Najib perlu saman kau2 mereka yg memfitnah beliau.
hahaha..invois yapeim pun dorng boleh bawa keluar!!
#pecatJibby
#pecatPenjilat
seorang pm mesti bersifat tegas dan bijaksana dalam menyelesaikan masalah. apapun pm hari ini lebih kepada mentaliti seorang wanita.. malu malu berdepan dgn rakyat dalam banyak hal yang merunsingkan fikiran rakyat negara ini.. apakah negara kita dikuasai oleh wanita??
Najib ni orang yang berhemah. Semoga Allah membantu beliau.
Post a Comment