Konon-kononnya dia mempunyai bukti-bukti kukuh dan Jamil Khir sudah terperangkap, sekaligus membuktikan bahawa para pemimpin UMNO adalah rasuah dan menyelewengkan wang rakyat.
Persepsi dalam kemelut YAPEIM ini mudah... Rafizi dan Akmal Nasir membayangkan wang potongan gaji kakitangan awam yang disumbangkan kepada YAPEIM untuk kerja-kerja kebajikan dan kepentingan umat Islam, telah diseleweng untuk membiayai kehidupan mewah Jamil Khir dan Ahli Lembaga Pengarah YAPEIM.
YAPEIM digambarkan juga sebagai badan yang hanya bergantung sepenuhnya daripada potongan gaji kakitangan awam tanpa sedikit pun, gambaran tentang anak-anak syarikat serta cabang-cabang perniagaan YAPEIM disebut atau disentuh. Malah pendapatan tahunan YAPEIM daripada Ar-Rahnu atau pajak gadai Islamnya sahaja mencecahkan RM100 juta.
Kenyataan angkuh Akmal berbunyi,
"Saya bukanlah orang yang
Semalam, dalam kenyataan rasminya, Jamil Khir Baharom menafikan sebarang salahlaku atau penyelewengan wang YAPEIM dan menuntut Akmal Nasir meminta maaf kepadanya dalam tempoh 24 jam atau bakal disaman fitnah.
Ogos 2014, selepas beria-ia kononnya ada bukti, setelah menjelajah ke sana sini menfitnah dan menghasut kononnya Jamil Khir Baharom menentang undang-undang Islam atau memandang undang-undang syariah berkaitan qazaf yang membabitkan kes liwat Anwar Ibrahim.
Setelah pelbagai drama, akhirnya di mahkamah, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot hanya memohon maaf kepada Jamil Khir dan kononnya sempena semangat Syawal, Jamil Khir Baharom memaafkan Sam Ketot. (RUJUK SINI)
Kini, perkara yang hampir sama sedang berlaku kembali!
Isu YAPEIM yang didedahkan oleh Rafizi Ramli menggunakan Akmal Nasir ini bukan susah sangat nak difahami.
Isunya di sini adalah SISTEM KEWANGAN ISLAM yang perlu diruntuhkan dengan apa cara sekalipun. Untuk menghancurkan sistem tersebut, perlulah dinaikkan sentimen kemarahan dan ketidakpercayaan kepada mana-mana individu dan badan itu sendiri.
Sudah berkali-kali kita lihat bagaimana DAP berusaha mempertikaikan zakat, hibah zakat mahupun peruntukan untuk institusi agama Islam yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Tabung Haji juga sebagai contoh, cuba dimusnahkan dan kredibiliti Tabung Haji cuba diragui dengan menimbulkan persepsi kononnya wang penyimpan telah digunakan untuk membiayai hutang negara seperti dalam kes tanah TRX.
Awal sebelum kewujudan Rafizi Ramli dan Akmal, Lim Kit Siang mengetuai serangan ke atas PNB, khususnya Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera yang dikatakannya sebagai tidak adil kepada masyarakat Malaysia.
Isu YAPEIM dan Jamil Khir Baharom sebenarnya memerlukan penyelesaian yang lebih bijak dan lebih tuntas. Tindakan juga harus diambil terhadap penfitnah, dan tidak lagi bersandarkan kepada 'SEMANGAT' semata-mata seperti yang ditunjukkan oleh Jamil Khir Baharom dalam kes fitnah yang dibuat oleh Sam Ketot ke atasnya.
Walau penjelasan atau keputusan daripada siasatan ke atas YAPEIM dibuat nanti, persepsi negatif sudah lekat iaitu YAPEIM telah digunakan untuk menyelewengkan wang orang ramai. Kemusnahan telah pun dilakukan walaupun penjelasan demi penjelasan dibuat sepertimana yang berlaku dalam isu 1MDB.
Rakyat Malaysia sudah terlalu gila untuk percaya kepada kebenaran kerana kebenaran bagi mereka adalah tuduhan palsu dan fitnah!
Justeru, Jamil Khir seharusnya terus bertindak dengan menyaman Akmal Nasir dan tidak memberikan ruang kepadanya untuk meminta maaf atau menyatakan kekesalan. Orang seperti Akmal Nasir dan Rafizi Ramli hanya boleh diajar dengan jumlah saman fitnah yang sangat besar, sama seperti yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew ke atas musuh-musuh politiknya... sama seperti Lim Guan Eng yang tidak akan memberikan ruang langsung kepada kebenaran diketahui dengan mengambil tindakan saman dengan nilai besar terlebih dahulu.
Ada nilai-nilai 'baik' yang perlu diteladani dan diikuti daripada Lim Guan Eng dan para pemimpin Pakatan Harapan apabila mereka mematikan persepsi dan kebenaran!!!
Masalahnya, mampukah Jamil Khir bertindak atau sekali lagi memberikan maaf kepada penfitnahnya sebagai cara penyelesaian?
6 comments:
ala fitnah la dulu nanti kalau kalah barulah minta maaf apa susah yg penting fitnah dah jalan dulu lama nanti org lupa la kes apa tp org
akan ingat kes seleweng smpi bila2..
macam mana YAPEIM atau JamilKhir boleh guna duit tu sedangkan duit tu bukan masuk akaun depa pun, kalau duit tu masuk poket dia orang boleh lah tuduh makan duit, kalau PKR praktik duit masuk akaun pemimpin itu mungkin lah agaknya..tak dak resit etc..kenapa busuk hati sangat puak PKR ni, apa tujuan kamu. betul ke agenda kamu untuk runtuhkan institusi islam...sedih...orang islam yang menjahanamkan islam..ini lah politik yang di main oleh pembangkang...semoga allah menunjukkan perkara yang benar.
tolong lah saman...jgn biarkan fitnah berleluasa...atau adakah ia benar?
kalau da guna pangkat Brig Gen tunjuk la telor tu besar kat puak2 kaki fitnah ni. Tak payah nak tunjuk baik terima maaf..sbb terima maaf tak ubah OTAK TAIK BABI DAP dia org dr memfitnah lagi..
Setiap penyelewengan yg didedahkan macai2 bloger UMNO spt Admin pasti akan menyokong. Dlm kes ni Admin benar2 menyokong duit2 YAPEIM wlau diniagakan dak mendapat keuntungan besar hanya digunakan utk kemewahan pemimpin2 UMNO sedangkan yg melarat nak miskin papa kedana bukan setakat kais pagi makan pagi, kais sepanjang hari pun belum tau dpt makan lagi. Jika benar apa yg dilakukan menyalah disegi agama Islam, semoga Admin yg menyokong penyelewengan yg dilakukan diYAPIEM dpt BALA DARI ALLAH tidak didunia diakhirat bersama2 pelakunya..Amin.
Berpuluh kes dan isu, hanya satu sebab dan penyelesaian...
kes !MDB, PM tak ambil tindakan tuntas untuk membuat penerangan yang tepat dan menyakinkan... isu 2.6B jugak sama.. berpuluh2 isu lain jugak sama... bila orang dah lupa, dah hampir sebula, baru keluar kenyataan... dah tu kenyataan yang semua orang dah boleh agak... tak langsung mengejutkan lebih parah, tidak menyelesaikan isu pokok. asalnya penentang dan rakyat bukan marah atau kritik apa sangat pun, tapi dek kerana faktor diatas, maka isu semut dah jadi isu gajah...
ini isu khair baharum pun akan ikut trend yang sama... selepas para pembela dan penyimpati (pengampu?) bertungkus lumus mencari peluru dan membela bagai nak rak, akhirnya tuan tubuh memaafkan dan selesai kes selepas musuh meminta maaf...
Sampai bila nak kena tipu kita ni????
Post a Comment