Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, November 3, 2015

JADI JUGA DEBAT TONY PUA VS ARUL KANDA... DAN SPEAKER DEWAN RAKYAT UGUT LETAK JAWATAN KALAU DEBAT BERLANGSUNG JUGA!!!



Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan secara langsung debat antara Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada Jumaat ini menerusi TV1, jam 9 malam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Keruak, berkata perdebatan itu wajar dilaksanakan bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak mengutarakan pandangan dan bertanyakan soalan mengenai isu 1MDB yang dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. 

"Saya sudah melakukan perbincangan dengan RTM dan meminta mereka menghubungi kedua-dua pihak bagi menjemput untuk sesi perdebatan khas selama sejam dalam slot khas yang dicadangkan bersiaran di TV1, Jumaat ini, pada jam 9 malam. 

"Bagaimanapun, ia bergantung kepada persetujuan Pua dan Arul untuk tampil dalam program perdebatan ini yang tentu saja dapat memberi maklumat kepada masyarakat mengenai pelbagai isu berkaitan 1MDB. 

"Sudah tentu ada maklumat yang tidak boleh diperdebatkan dalam rancangan khas ini kerana ia masih dalam peringkat siasatan oleh PAC," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Kali Ke-9 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, sebentar tadi. (SUMBER BERITA HARIAN)


Bagaimanapun, dalam satu perkembangan yang lain, Speaker Dewan Rakyat menyatakan sekiranya pihak kerajaan mahu meneruskan perdebatan tersebut, dia akan meletakkan jawatannya selaku Speaker Dewan Rakyat. 

Menurutnya, perdebatan tersebut akan mengganggu siasatan yang dijalankan oleh PAC. Manakala Pengerusi PAC yang baru pula tidak menghalang Tony Pua daripada berdebat dengan Arul Kanda. 

Tony Pua pada masa yang sama, menyatakan dia tidak berminat untuk berdebat sebaliknya hanya ingin bertanyakan 10 soalan kepada Arul Kanda, dan Arul Kanda pula tidak boleh bertanya apa-apa soalan kepadanya, kecuali menjawab sahaja soalan-soalan Tony Pua.



No comments:

 
Blogger Templates