Saya selalu defend hospital kerajaan. Kini saya juga terpanggil untuk defend rakan2 saya di sektor swasta. Lebih2 lagi apabila isu ini dijadikan sebab oleh sesetengah individu untuk membabitkan dan menghukum seluruhnya perkhidmatan kesihatan negara Malaysia sudah ketinggalan zaman. 🙄🙄🙄🙄
Saya bukan pakar Otorhinolaryngology (ORL/ENT). Saya merujuk kepada rakan saya, seorang pakar ENT di KKM tentang perkara ini. Apakah benar prosedur sialoendoscopy tidak dapat dilakukan di negara kita. Berikut adalah apa yang saya rumuskan hasil dari penerangan beliau.
Sialoendocopy adalah merupakan satu teknik memasukkan scope ke dalam saluran kelenjar air liur dalam mulut bagi tujuan diagnosis batu karang kelanjar air liur (salivary duct/gland stones. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan (terapeutik) memecah dan mengeluarkan batu tersebut jika boleh dilakukan melalui scope.
Ia merupakan satu prosedur yang rumit kerana saluran kelanjar adalah sangat kecil lagi halus dan risiko perforation atau kebocoran saluran kelenjar boleh berlaku. Kes salivary gland stones juga adalah kes yang kurang bilangan kesnya di negara kita.
Atas sebab itu, ramai pakar2 ENT dan juga pakar oral surgery yang boleh merawat masalah ini tidak mahu melakukan prosedur ini kerana komplikasinya. Pakar di swasta apatah lagi. Mereka mahu memberikan perawatan yg baik dengan komplikasi yang minima demi menjaga imej mereka dan hospital swasta bagi menjana pendapatan dalam perniagaan mereka. Kerana itulah kes2 yang complicated bisanya akan dirujuk ke hospital kerajaan kerana:
1. Peralatan dan kepakaran serta kemampuan untuk merawat komplikasi pembedahan bagu kebanyakan kes adalah lebih baik di hospital kerajaan.
2. Rawatan bagi kes yang mempunyai komplikasi mungkin memakan masa dan pesakit mungkin tidak akan mampu menanggung kos rawatan.
3. Imej doktor di swasta akan lebih terjaga seandainya mereka merawat kes yg straight forward dengan kaedah paling selamat.
Kita biasa dengar
Hakikatnya, pesakit telah dirawat di hospital swasta dengan pelbagai komplikasi hingga tidak mampu membiayai kos rawatan lagi atau sudah exceed limit kredit insurans. Oleh itu pesakit terpaksa di transfer ke hospital kerajaan dalam keadaan kritikal. Apa yg mampu hospital kerajaan buat apabila pesakit tiba dalam keadaan terlalu tenat?
Jadi, nama baik kekal pada hospital swasta, tapi segala yg busuk adalah terpalit kepada hospital kerajaan. Hospital kerajaan sungguhpun tahu keadaan yg sedemikian, pasti akan tetap menerima rujukan dari sesiapapun kerana memikirkan aspek kemanusiaan serta kasihankan rakyat. Mana lagi mereka hendak pergi?
4. Sesetengah kes seperti kes ini misalannya tidak banyak dan adalah tidak berbaloi bagi hospital swasta melabur wang bagi kes seperti ini. Lagipun pesakit yg mempunyai masalah batu karang kelenjar air liur ini biasanya akan mengalami jangkitan kelenjar yang kronik. Mana2 doktor pakar juga tahu cara melakukan pembedahan bagi mengeluarkan batu ini dengan mudah dan selamat.
Sebagai analogi, Ectodermal dysplasia adalah merupakan kes yang amat jarang sekali (anggaran 7000 kes di seluruh dunia). Apakah hospital swasta perlu membeli baju coolant dari NASA berharga berjuta2 sebagai stok hanya untuk kes2 yang mungkin hampir tiada di negara kita? Dan bila tiada kita dikatakan ketinggalan?
5. Jika saya pun berkhidmat di hospital swasta, saya juga akan melakukan prosedur2 mudah, selamat, rendah komplikasi dan lumayan. Buat apa mengambil risiko membuat kes2 dan prosedur berisiko dan kemudian membazirkan masa naik turun mahkamah sedangkan masa saya begitu berharga dan lebih baik digunakan utk menjana pendapat lumayan di klinik saya. 😉😉😉😉
Merujuk kepada komen beliau bahawa Malaysia telah ketinggalan zaman kerana tiada prosedur ini, ia juga adalah merupakan tuduhan yang dibuat tanpa melihat kepada realiti sebenar.
Hospital swasta enggan melakukan prosedur ini atas sebab2 yg saya sebutkan di atas.
Namun prosedur ini boleh didapati di hospital kerajaan spt HTAR, Hospital Selayang dan juga Penang Hospital. Malah Dental juga boleh melakukannya di PPUM.
Jadi membayangkan seolah2 prosedur ini langsung tidak ada atau tidak boleh dilakukan di negara kita adalah merupakan satu tanggapan yang dangkal.
Dr Abdul Rahman.
5 comments:
Thanks for the explanation, doc.
Unfortunately, our great country, Malaysia, is infested with spoilt, dimwitted ingrates who will always find fault with Malaysia.
There is no pleasing them. If it isn't healthcare, it's the tolls, or the gst, or the cost of living, or the haze, or the flood, or the price of gas, etc etc.....it never ends! Mind you, complaining about the cost of living while sipping on their third starbucks coffee of the day!!
Is it any wonder that we now have "citizens" who will not speak the national language, sing the national anthem or defend the country against external attacks?
I LOVE MALAYSIA and to those who don't,like the guy who's complaining about healthcare, there is an obvious solution....FUCKING LEAVE THE COUNTRY AND STAY THE FUCK OUT!!
Setuju apa yang dikatakn oleh Dr.. hospital swasta ambil jalan mudah mereka akan rawat pesakit... dan kalau ada tanda2 pesakit tak dpt dirawat atau tanda2 nak mati mereka akan rujuk ke hospital kerajaan. Tu yang duduk kat hosptal 2- 3 hari dah mati, yang nama buruk hospital kerajaan juga kan kan
Thumbs up!!
Pengguna ada hak namun hak tersebut ada batasnya juga. Kalau isunya adalah politik dan pengundi sebagai pengguna juga ada hak dan hak tertsebut juga adalah terbatas. Contohnya kalau sebuah parti dijenamakan demokrat tetapi apabila mentadbir serupa bintang tiga makanya pengguna ada hak untuk menegur dan kalau tidak jalan, tolak parti berkenaan apabila sampai waktunya (waktu mengundi).
Namun kalau ada beberapa muka tertentu dalam parti demokrat yang tidak mendapat laluan menaiki puncak parti setelah diadakan pemilihan parti, dan meskipun pengundi di luar sana amat berharapkan muka tertentu itu berada di puncak parti namun pengundi di luar sana tiada hak untuk menempelak parti demokrat atas kegagalan muka-muka tertentu untuk berada di puncak parti berkenaan.
Dalam konteks perniagaan juga sama. Pengguna ada hak dan hak berkenaan ada batasannya. Kalau hospital A mengiklankan sesuatu perkhidmatan tetapi bila hendak digunakan ianya tiada maka pengguna ada hak untuk meminta perkhidmatan berkenaan. Namun kalau perkhidmatan berkenaan tidak di iklankan atau lazimnya tidak dibekalkan, tidak perlulah pengguna melenting tidak tentu pasal sebaliknya ambillah tindakan lebih bijak iaitu tebalkanlah muka untuk beratur di klinik kerajaan.
Kalu ada komplikasi hospital swasta akan terus hantar kehospital kerajaan.
Sebab kalau mati swasta lepas tanggungjawab.
Post a Comment