Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, November 29, 2015

LUAHAN HATI ANAK MUDA TERHADAP TUN DR. MAHATHIR!!!



Maaf Tun Dr Mahathir. Saya lihat apa yang diperkatakan oleh Tun ibarat terkena ke batang hidung Tun sendiri. Rakyat semua tahu bagaimana dan apa yang telah dilakukan oleh Tun pada saat dan ketika Tun sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Tun bernasib baik kerana pada ketika itu, ahli UMNO, Ketua Cawangan UMNO tidak mempunyai telefon bimbit yang mempunyai internet dan pada ketika itu rakyat tidak lagi mempunyai kemudahan laman media sosial.

Waktu Najib dan Tun sangat berbeza, bagi pendapat saya apa yang dilakukan oleh DS Najib adalah satu tindakan yang penuh cermat dan munasabah. Sampai Najib sering digelar pengecut dan penakut kerana tidak tangkas mengambil tindakan seperti pemecatan pemimpin atas kesalahan melanggar tatatertib dan perlembagaan parti. Walhal Tun, sesiapa sahaja yang dilihat menentang pasti akan terkesan.

Oleh demikian, saya selaku budak yang pernah sangat mengagumi Tun, dan menangis ketika Tun membuat pengumuman mengejut untuk meletakkan jawatan memohon jasa baik Tun agar bersikap lebih rasional dalam membuat teguran. Seperti kata pepatah melayu terbilang, bagaikan ketam nak mengajar anak ketam berjalan betul (straight).

Mohon maaf jika ada pihak terasa, saya bukan anti Tun ataupun pro Najib, tapi saya tertarik untuk membuat komen apabila Tun mengelar parti UMNO milik Najib. Untuk pengetahuan Tun, jikalau kita selaku ahli UMNO benar benar merasakan Najib sudah tidak layak, lebih baik kita rapatkan saf sekarang dan kita menggunakan platform pemilihan UMNO yang akan datang untuk melakukan perubahan. Saya sebenarnya tak sanggup lagi melihat drama politik UMNO yang penuh dengan adegan-adegan melagakan pengikut dan juga baling batu sembunyi tangan.

Sekian.

Aizat Reko


2 comments:

Anonymous said...

Luahan hati anak anak muda di facebook najib penyamun tu bila pulak ngko siarkan?

Anonymous said...

Luahan hati anak anak muda.. Bila lg najib 1mdb nak jual semua aset negara kepada negara asing utk bayar hutang 1mdb.. Pemimpin seperti najib 1mdb ne la yg menjadi idola saya.. Hidup najib.. Terusan usaha menjual aset negara sehingga negara muflis..

 
Blogger Templates