Perkara itu disahkan Mustafa sendiri dalam akaun Facebooknya hari ini dalam mesej yang ringkas. Sinar Online cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan butiran lanjut namun talian agak sibuk.
“Alhamdulillah, majlis bersemuka telah dipersetujui di Kota Bharu,” tulis Mustafa.
Semalam, Husam yang juga Adun Salor sudah bersetuju untuk berdebat secara terbuka dengan Mustafa termasuk sesiapa sahaja dalam isu pertemuan Pas dan Umno.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun ketika ditemui media di Parlimen hari ini berkata, parti itu tidak akan membenarkan debat itu berlaku.
"Saya sebagai Setiuasaha Agung ingin menjelaskan pendirian parti, kami (Pas) tidak membenarkan apa-apa pendebatan atau perbincangan isu ini di luar.
"Daripada parti dan kami tidak membenarkan mana-mana pihak cuba anjurkan perdebatan ini, " katanya.
Sebelum ini, Mustafa mengajak Husam bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan bekas Exco Kelantan itu mengenai pertemuan sebagai usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun lalu.
Husam juga memberi peluang kepada Mustafa untuk menentukan tarikh dan tajuk debat terbuka itu dan beliau turut mencadangkan tajuk seperti Saya Tanya Anda Jawab.
Terdahulu, Pemuda Pas Kelantan pula sedia menggalas tanggungjawab sebagai penganjur bagi program dialog terbuka itu.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan perkara tersebut selain menjamin akan menyediakan ruang yang luas untuk orang ramai yang mahu mengikuti penjelasan isu tersebut secara langsung. (SUMBER)
No comments:
Post a Comment