Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 19, 2015

TERESA KOK BELA NURUL IZZAH DAN SIFATKAN GAMBAR DENGAN JACEL KIRAM ADALAH 'BIASA' DAN SERANGAN LANUN SULU ADALAH 'CERITA LAMA'!!!



Beberapa pemimpin pembangkang mempertahankan tindakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang dikatakan berjumpa dengan 'puteri' sultan Sulu, Jacel Kiram seperti diviralkan di media sosial.

Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong berkata, perjumpaan Nurul Izzah dengan Jacel yang merupakan anak kepada ketua pengganas Jamalul Kiram III atau sesiapa saja merupakan hak peribadinya.

“Kerajaan Sulu juga sudah isytihar beberapa bulan lalu bahawa mereka tidak akan menuntut Sabah sebagai milik mereka. Jangan hanya kerana seorang ayah melalukan kesalahan, anaknya perlu tanggung kesalahan itu.

“Saya tak nampak ada masalah mengenai pertemuan ini. Itu terpulang kepada Nurul Izzah,” katanya.



Jamalul Kiram III yang meninggal dunia Oktober 2013 merupakan dalang dalam pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, perjumpaan tersebut tidak perlu diperbesarkan walaupun kerajaan Sulu pernah menyerang Sabah.

“Sulu bukan Abu Sayyaf. Bagi saya bukan satu perkara yang serius sebab mungkin (jumpa) di majlis sosial.

“Kita selalu jumpa orang yang berlainan latar belakang dan ambil gambar. Tetapi tak bermakna kita sokong apa yang mereka lakukan,” katanya.

Teresa berkata, beliau akan berjumpa dengan Nurul Izzah bagi meminta penjelasan selepas ini. (SUMBER)


1 comment:

Anonymous said...

bpintal2 lidah nk mjawab..

 
Blogger Templates