Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, November 18, 2015

RIZAL MANSOR AJAK AKMAL NASIR NOW MINUM PETANG UNTUK 'MENYEKOLAHKAN' PEMUJA TEGAR ANWAR IBRAHIM ITU!!!



Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Dato' Rizal Mansor mencabar Akmal Nasir untuk berhadapan dengannya secara empat mata setelah Akmal Nasir menzahirkan perasaan curiganya berhubung peranan Rosmah Mansor dalam PEMANGKIN atau Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin.

Akmal Nasir mempunyai masa sehingga tengah malam ini untuk memohon maaf dan menyatakan kesalahannya kepada Jamil Khir atau bakal berhadapan dengan saman besar kerana melakukan fitnah bertujuan mencemarkan nama baik dan integriti Jamil Khir serta YAPEIM.

YAPEIM baru tadi membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi membabitkan fitnah yang dilakukan oleh Akmal Nasir. Turut dimaklumkan, YAPEIM juga akan mengambil tindakan saman ke atas Akmal Nasir.



Akmal Nasir cuba mengheret nama Rosmah Mansor untuk merealitikan tuduhan fitnahnya ke atas YAPEIM dan Jamil Khir Baharom. Peranan Rosmah Mansor sebagai Penaung PEMANGKIN cuba digambarkan sebagai satu penyelewengan dana anak yatim dan miskin oleh pihak-pihak terbabit.

Justeru itulah, Rizal Mansor mencabar Akmal Nasir untuk berhadapan dengannya untuk DISEKOLAHKAN dalam satu 'sesi minum petang' TERUTAMA yang membabitkan pengertian, peranan dan fungsi PENAUNG yang dicurigai oleh Akmal Nasir.

Akmal Nasir nampaknya sedang cuba mengalihkan 'tiang gol' setelah peluru-pelurunya berpatah balik mengenai tubuh badannya.


1 comment:

Anonymous said...

tak perlu layan pencacai haram tu, jgn bagi publisiti murah pd mereka

 
Blogger Templates