Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, November 18, 2015

BILA PEMANDU TEKSI PALING TERUK DI DUNIA, BUAT DEMONSTRASI TAK BAGI PIHAK LAIN MENYAINGI MEREKA!!!



500 orang pemandu teksi membuat demonstrasi di jalan masuk Parlimen menuntut agar Pengerusi SPAD, Syed Hamid Albar meletak jawatan atau dipecat selain pembubaran Uber dan Grabcar yang dilihat mengancam mereka.

Syed Hamid Albar sememangnya perlu meletakkan jawatan kerana SPAD tidak banyak membantu industri pengangkutan awam di Malaysia. Malah SPAD sendiri seharusnya dibubarkan kerana kewujudan SPAD adalah satu pembaziran yang dilihat hanya untuk menyediakan kerja kosong buat veteran UMNO seperti Syed Hamid Albar.


Namun apabila pemandu teksi membuat demonstrasi dan marahkan pesaing mereka, sekaligus mahu mewujudkan suasana monopoli, ia adalah satu langkah yang sama sekali tidak lebih baik jikalau Syed Hamid terus berada di dalam SPAD dan SPAD terus wujud di Malaysia.

Rata-rata rungutan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu teksi, khususnya di Lembah Kelang sudah sampai ke tahap yang amat membimbangkan. Walaupun untuk menyedapkan hati, dikatakan hanya segelintir pemandu teksi sahaja yang berkelakuan mencekik darah, tetapi hakikatnya, kes-kes perkhidmatan tidak memuaskan, keadaan teksi yang amat teruk serta harga tambang tidak mengikut meter adalah isu besar yang sehingga ke hari ini gagal ditangani oleh pihak berkuasa.


Teksi di Malaysia, khususnya Lembah Kelang sudah terkenal seantero dunia sebagai perkhidmatan yang paling teruk selain mencekik darah. (RUJUK SINI).

Perkhidmatan teksi di Lembah Kelang terutama sekali yang berbadan putih merah, perlu ditamatkan serta-merta. Kajian serta tindakan pembersihan perlu dilakukan memandangkan terdapat terlalu banyak kes membabitkan teksi jenis ini.

Inilah golongan yang paling ke hadapan membabitkan imej negara, dan mereka inilah yang terlebih awal mengotorkan imej negara di mata pelancong asing.

SUMBER: BULETIN 247


3 comments:

Anonymous said...

aku ingat pemandu taxi ni buat demo xnk guna meter..al maklum la suka hati je letak harga..puihhh da la gomen tolong itu ini..cermin diri la service tu baik ke tidak..

Anonymous said...

Aku pernah tengok driber teksi ini menampar bakal penumpang depan orang ramai kerana penumpang tak setuju dengan tambang. Memang dahsyat betul perangai pemandu teksi kat malaysia nih.

Teksi negara2 lain di asean yang aku pernah naik sangat bersopan. Kat filipin pun, alahai sangatlah berbudi bahasa. Padahal akhirnya dia tahu jugak kita orang asing kerana kita tak menyambut celotehnya. Dia ingat kita orang filipin jugak. Muka kita memang betul2 muka melayu. Last2 dia gelak kuat. Katanya muka aku sebijik macam muka pak longnya di kampung. Hilang sikit rindunya sebab jumpa kita. Katanya.

Alahai. Rindunya aku nak naik lagi teksi kat filipin. Boleh bersembang gelak2 sepanjang jalan.

Anonymous said...

Menteri umno syok makan komisen dgn permit teksi mana boleh nk tutup lobang2 duit masuk nih...buat pekak badak je laa...driver teksi pon tahu penguatkuasa setakat mana laa powernya...buat laa drama operasi bermusim sbb nk masuk rancangan 999 tv3...aku minta byk lg posting kt fb ttg driver teksi sewel yg diternak oleh kaum kerabat umno nih...mcm sialll

 
Blogger Templates