Walau seribu satu alasan yang diberikannya termasuklah kononnya DEBAT BUKANLAH BUDAYA DAP, hakikatnya Tony Pua sudah hilang dalam kerandutnya sendiri. (BACA DI SINI dan DI SINI)
Namun PKR menerusi Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen cuba menghidupkan isu 1MDB sebagai salah satu tekanan kepada Najib Abdul Razak agar meletakkan jawatan. Bagaimanapun, Wong Chen tidak berani pula mencabar Arul Kanda selepas Tony Pua hilang telur untuk menerangkan tentang kaitan antara sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan 1MDB, sebaliknya melihat Najib sebagai sasarannya. (BACA DI SINI)
Wong Chen cuba menjadikan Parlimen sebagai tempat untuk dia bebas daripada dimalukan menerusi penjelasan Arul Kanda yang mungkin akan melampirkan dokumen-dokumen serta bukti-bukti yang akan memalukannya.
Justeru, Wong Chen tidak berani membuat cabaran kepada orang yang lebih mengetahui tentang urusan 1MDB, malah sedang mengoperasikan 1MDB berbanding Perdana Menteri yang hanya dimaklumkan tentang perjalanan dan operasi 1MDB.
Umpama mendesak Menteri Tenaga dan Air untuk menjawab tentang mengapa talian elektrik yang merentangi sebuah perkampungan setinggan bermajoritikan Cina, itulah yang cuba dilakukan oleh Wong Chen.
Ini bukan kes tebang balak. Wong Chen seharusnya menampilkan bukti-bukti bertulis dan berfakta berbanding mengungkapkannya secara lisan dan kemudian meminta penjelasan lengkap dengan tulisan serta fakta bertulis.
Ini sudah jadi macam kes Tony Pua... dia sahaja boleh soal, orang yang disoal pula, tidak boleh menyoalnya kembali!!!
No comments:
Post a Comment