Dan yang lebih menarik lagi ialah, Zahid Hamidi menjadi sasaran serangan apabila beberapa pihak mendedahkan atau lebih tepat lagi mengaitkan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh tersebut dengan syarikat yang dimiliki oleh adiknya dengan seorang pendatang yang asalnya adalah Pendatang Haram Bangladesh ke negara ini tetapi sekarang memiliki MyKad dan bergelar Dato' Seri, dengan Timbalan Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun, Zahid menafikan kontrak pengurusan kemasukan 1.5 juta pekerja imigran Bangladesh dianugerahkan kepada Real Time Networking Sdn. Bhd, yang dimiliki oleh
Zahid membuat penafian tersebut dalam jawapan bertulisnya kepada Charles Santiago (Ahli Parlimen Kapar) di Parlimen dan berkata, dalam isu ini, pendekatan digunakan adalah antara kerajaan ke kerajaan. Mekanisme itu pula hanya terhad dalam sektor perladangan kelapa sawit.
"
Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Menteri Dalam Negeri kemudiannya menerangkan bahawa para pekerja Bangladesh tersebut hanya akan diambil dalam sektor pekerjaan yang enggan dipenuhi oleh rakyat Malaysia.
Santiago dalam soalannya, bertanya sekiranya Real Time Networking telah diberikan kontrak untuk membawa masuk pekerja-pekerja Bangladesh dan kesan kepada para pekerja Malaysia sekiranya warga asing dibawa masuk ke sektor tenaga kerja negara ini.
Sebelum ini, dilaporkan firma yang dimiliki oleh adik Zahid sedang melakukan rundingan di Dhaka dan Putrajaya untuk membekalkan sistem pengurusan untuk 1.5 pekerja Bangladesh yang dirancang untuk dibawa masuk ke Malaysia menerusi sistem baru.
Adik lelaki Zahid, Abdul Hakim Hamidi merupakan Pengerusi Eksekutif Real Time Networking Sdn. Bhd. Syarikat tersebut dipercayai membekalkan sistem dalam talian di mana, menerusi pembayaran upah, para pekerja Bangladesh boleh didaftarkan dan dipantau.
No comments:
Post a Comment