Paling utama kapal mereka yang ada di Beting Patinggi Ali juga kapal kita pantau dan perhati sebilang masa.
Agak tak adil mengatakan TLDM dan APMM tak buat apa-apa sebab mereka buat sebaik dan sebisa mungkin untuk berada dikawasan-kawasan tersebut.
TLDM sejak insiden James Shoal dan kemudian Luconia Shoal seringkali melakukan rondaan yang sangat ekstensif. Tapi rakyat biasa kena faham, untuk kawasan perairan dari Sabah hingga Sarawak yang luas itu, kita hanya ada tak sampai sepuluh kapal perang yang meronda, ditambah dengan APMM yang mana asetnya semua tidak mampu berada dilaut lepas untuk jangka masa lama kerana kebanyakannya sudah mulai menunjukkan tanda-tanda keusangan.
Permasalahan utama TLDM dan APMM adalah usia aset permukaan mereka yang semakin tua, APMM sendiri mempunyai majoritas kapal peronda yang berusia lebih dari 30 tahun dalam pegangan mereka dimana kebanyakan kapal peronda mereka adalah kapal yang asalnya milik TLDM dan Polis Marin serta Kastam yang kemudian diserahkan kepada agensi tersebut. Kali terakhir APMM menerima kapal peronda baharu...? tahun lepas dengan 2 kapal peronda yang dihadiahkan Australia.....itu pun bukan betul-betul baharu kerana usia asalnya sudah mencecah 20 tahun. Jadi tiada kapal 1st hand dalam APMM melainkan bot-bot peronda saiz kecil yang agensi tersebut terima circa 2006.
Tapi itulah tuan-tuan dan puan-puan, walaupun sudah lama, masih lagi digagahkan semua kapal perang dan kapal peronda untuk meronda dan mengawasi kawasan perairang.
Bila agensi-agensi minta aset baru, ada mulut celaka baik dari pemerintah, pihak pembangkang malah ada sesetengah NGO yang cakap tak perlu, kononnya lebih baik fokus pada pendidikan, perumahan, naiktaraf jalanraya, kekalkan subsidi bla bla bla bla.......
Tahu tak anda yang, kementerian-kementerian yang ada perlu hadap Kementerian Kewangan untuk dapatkan dana dan belanjawan. Kau orang marah2 Hishamuddin, dia kena jumpa Najib dulu sebelum lulus belanjawan kewangan untuk Kementerian Pertahanan. Itu kita tak cerita masalah kekurangan anggota, JPA kedekut tak nak bagi tambah keanggotaan pasukan keselamatan.
Jadi mari kami tunjukkan realiti sebenar yang sedang dihadapi pasukan keselamatan kita.
Saya senaraikan kapal-kapal peronda samudera yang ada dalam pegangan APMM dan tahun ia mula beroperasi seperti berikut :
Sipadan Class
asalnya Patrol Craft TLDM yang mula beroperasi sejak tahun 1964 sebelum diserahkan kepada APMM pada tahun 2006.
Sekarang tahun 2015 jadi anda kira berapa tahun umur kapal peronda era 60an ini.
kapal peronda Polis Marin yang mula dioperasikan sejak tahun 1980 dan berkhidmat dengan Polis Marin selama 26 tahun sebelum diserahkan kepada APMM pada tahun 2006.
Langkawi Class
kapal peronda luar pantai ex-Musyitari class yang mula beroperasi dengan TLDM sejak tahun 1987. Diserahkan kepada APMM pada tahun 2006 dan mula beroperasi selepas naiktaraf pada tahun 2008.Masih lagi berkhidmat sekarang dan merupakan kapal utama APMM. Terdapat 2 buah sahaja kapal ini.
kapal peronda Kastam (ex Bahtera class) yang mula digunakan sejak tahun 1983 dan berkhidmat dengan Kastam selama 23 tahun sebelum di serahkan kepada APMM pada tahun 2005.
Masih lagi berkhidmat selepas 10 tahun.
ketiga tiga jenis kapal peronda saiz kecil ini diserahkan kepada APMM dari tiga agensi berbeza.
Tugau adalah ex PA polis marin, dan mula digunakan sejak tahun 1990.Rhu class pula adalah kapal peronda Jabatan Perikanan yang juga mulai digunakan sejak tahun 1990, manakala Malawali class pula adalah kapal peronda Jabatan Laut yang mula digunakan sejak tahun 1999 sebelum diserahkan kepada APMM.
Anda boleh kira sendiri dari tahun kapal-kapal peronda ini mula digunakan sehinggalah sekarang, berapa umur nya.
Apabila APMM sendiri menyatakan keperluan dan kekangan yang mereka hadapi dalam membanteras pencerobohan nelayan dimana mereka memerlukan kapal peronda baharu yang lebih mantap keupayaannya, mampu berada lebih lama di laut lepas dan lengkap dengan alatan yang membantu melaksanakan penguatkuasaan, pemerintah hanya membenarkan tambahan 6 hingga 8 buah kapal peronda generasi baharu (NGPC) untuk APMM.
Sehingga artikel ini ditulis, TLDM mempunya jumlah kapal perang seperti berikut.
2 Frigate Lekiu Class
2 Light Frigate Kasturi Class
6 Kapal Peronda Generasi Baru Kedah Class
4
8
6 kapal penyerang laju (peluru berpandu)
ya itu adalah kesemua kapal perang utama TLDM
dan kesemuanya ditempatkan di kawasan perairan sempadan negara yang meliputi Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu. Kami tahu ada yang akan tanya kapal selam ada - 2 kapal selam kita perlu berhadapan dengan seangkatan armada kapal selam China yang berjumlah 57 buah, dengan 8 darinya berpangkalan di pulau Hainan membentuk South Sea Fleet dan dengan tambahan fasilitas pangkalan kapal selam di lokasi yang sama untuk tambahan 20 buah lagi kapal selam.
Jadi fikirkan ya, betapa berat cubaan dan dugaan yang perlu dihadapi TLDM.
Kesemua kapal peronda kita dan kapal perang kita perlu memantau sempadan perairan, meronda kawasan perairan negara, melaksanakan pemeriksaan rambang keatas bot nelayan, menghalau bot nelayan asing, menangkap pendatang dan penyeludup, melakukan latihan silang dengan negara asing dan negara-negara jiran dan semua ini dilakukan dalam satu masa.
Anda rasa cukupkah jumlah kapal perang yang kami senaraikan diatas dengan hampir kesemua kapal TLDM dan kapal APMM sedang mengalami fasa penuaan yang lebih cepat kerana tempo operasi yang sangat tinggi disebabkan kekangan jumlah aset rondaan permukaan.
Itu kita tak ambil kira lagi kapal yang perlu ke galangan untuk tujuan penyelengaraan, yang terlibat dengan latihan dengan negara asing, yang mempunyai kekangan dari segi jangka masa rondaan di laut lepas.
Ya ada yang bertanya dimana TLDM dan APMM bila foto kapal penceroboh viral di laman sosial, tapi saya terkilan kerana berita mengenai KD Laksamana Hang Nadim yang diatur gerak untuk memantau kapal CCG pada bulan Jun hari tu sepi tak ada siapa yang share.
Bila Dato Seri Shahidan Kassim menunjukkan foto Beting Patinggi Ali, kapal CCG yang ada disana dan kapal TLDM yng juga ada disana memantau, tiada siapa yang ambil peduli. Mungkin masa tu cerita 1MDB lebih penting jadi ramai tutup sebelah mata termasuklah ahli politik samada pembangkang atau pemerintah.
Bila Ahli Parlimen Limbang usulkan untuk tambah jumlah kekuatan Tentera Darat, ditubuhkan Batalion Askar Wataniah, dan ditingkatkan jumlah kapal peronda, parlimen sibuk nak bincang hal GST......
Saya cakap sekali lagi, tak adil mengatakan pemerintah tak berbuat apa-apa tapi pada masa sama pemerintah ambil tindakan yang sangat kerdil.
Sehingga artikel ini ditulis, TLDM akan menerima 6 buah kapal perang tambahan dari Peranchis, manakala APMM pula akan menerima 6 hingga 8 buah kapal peronda generasi baharu yang sedang dibina dimana usul ini telah mula disebut sejak 2013 (dan untuk program SGPV-LCS sejak 2010) baru sekarang nampak ada hasil, tapi itu pun kapal nya belum siap lagi.
Jadi adilkah untuk kita kata TLDM dan APMM tak buat kerja padahal pemimpin pemimpin politik dan kalangan pemerintah lah sebenarnya yang tak buat kerja, malah sibuk dengan hal picisan politik yang tak berkesudahan. Yang pembangkang sibuk nak menjatuhkan pemerintah, yang pemerintah sibuk dengan polisi entah hapa hapa......so adilkah kita kata TLDM dan APMM yang tak buat kerja sedangkan pemimpin, menteri dan kalangan pembuat dasar yang ada diparlimen termasuklah pembangkang yang sebenarnya tak buat kerja.
Tak cukup dengan itu, dasar luar kita juga perlu diambil kira jadi pasukan keselamatan tidak boleh suka hati buat sesuatu dan ambil tindakan.
Benda ni tak mudah, susah kerana banyak kekangan birokrasi dan hipokrasi yang wujud dalam sistem pemerintahan negara selain permainan politik yang banyak mengarut tentang isu remeh temeh tapi tak cakna isu serius seperti kedaulatan negara.
Senang cerita, kalau kita nak TLDM dan APMM menjalankan tugas dengan baik, kita kena halakan kemarahan kita, kita kena tuntut pemimpin2 yang kita pilih menjadi wakil di parlimen untuk mula buat kerja dengan betul dan bukan jadi badut sarkas.
Masa ini bukan masa nak bertelingkah pasal parti politik ni betul atau salah. Sekarang masa buat kerja, bukan masa berkempen pilihanraya. Semua pemimpin politik kita kena ketuk dengan hammer atau lempang sekali dua untuk kasi depa sedar yang mereka tu bekerja untuk kita.
Sebab ahli ahli politik bodoh ni lah yang menyebabkan semua kerja dan urusan pasukan keselamatan terganggu dan kedaulatan negara tergugat.
jadi apa pula tanggungjawab kita..?
yelah tuding jari sana sini kita pun kena lah buat sesuatu...takkan peluk tubuh sebab apa, bila admin tengok dekat page Borneo pasal share tentang maklumat pencerobohan satu share pun takde.....mintak sebarkan kalau ada sightings, ambil gambar, ambil video dan rekodkan masa dan tarikh tak de pun sapa2 ambil inisiatif utk sebarkan......tapi bab nak hentam,bab nak maki, bab nak caci orang laju je kan....bab jadi kibodworior cepat je kan...
so apa kau, orang yang sedang membaca artikel ni boleh buat..?
jika anda seorang nelayan,krew kapal atau pekerja pelantar minyak, maklumkan pada pihak berkuasa secepat mungkin. ambil foto atau video kerana itu semua bukti yang boleh digunakan keatas penceroboh satu hari nanti.
jika anda orang awam, mari kita pakat-pakat berpiket dan menuntut ahli parlimen masing-masing buat kerja dan usulkan agar pasukan keselamatan diberikan dana yang lebih besar, bagi menambahkan lagi jumlah aset mereka...mungkin NGO boleh buat satu petisyen bantahan pencerobohan dan hantar ke konsulat China di ibu negara....
jika anda menteri yang sedang baca page ini, sedarlah yang kalangan rakyat sedang meluat dan mahukan maklum balas, mahu tahu apa yang terjadi dan mahu tindakan diambil.....
jika anda ahli politik yang sedang membaca page ini sekarang...sedarlah yang rakyat sedang meluat dengan isu-isu bodohbangang yang anda bawa.....sila jadi lebih cakna dengan isu keselamatan dan bukan jadi pembangsat.....
keyboardwarrior boleh pegi mampos
1.Foto menunjukkan pegawai TLDM sedang melakukan panggilan komunikasi keatas kapal peronda pengawal pantai Republik Rakyat China.
2. Foto dari pesawat APMM CL-415 Bombardier di Beting Patinggi Ali yang memantau tindak tanduk kapal peronda pengawal pantai Republik Rakyat China semasa lawatan Dato Seri Shahidan Kassim.
3.Foto dari imejan satelit yang menunjukkan kapal peronda NGPV TLDM berada hampir dengan kapal peronda pengawal pantai China di Luconia Shoal.
MILITARY OF MALAYSIA
4 comments:
BETUL AMAT SETUJU yang mana kesemua menteri menteri,ahli ahli parlimen baik dari UMNO,DAP,PKR,PAS dan lain lain memang sedang akan membesar kan kocek mereka saja..sebab senang nak lari cari suaka politik jika sesuatu hal berlaku di malaysia..ini saja yg mereka nampak...yg akan MAMPUS rakyat.
Inilah manusia tak tahu cerita. Lain kali persidangan Parlimen dalam TV tengok. Lihat macam mana pembangkang menyoalkan tentang ATM nak tambah asset. Banyak songel. Last2 naikkan budget APMM. APMM dibawah Jabatan Perdana Menteri. Bila budget JPN naik bising kononnya PM nak guna.
Yang bodoh macam engkau percaya bulat2. Bangailah kau ni.
Pihak berkuasa perlu tampil memberi maklumat yang tepat kepada rakyat agar tidak disogok dengan berita palsu. Skmm perlu mengambil tindakan terhadap blogger yang sengaja menyebarkan berita palsu.
Sebab tu aku dari dulu cukup tak suka hal keselamatan dan alatan tempur darat udara laut dijadikan isu politik.. berilah atm bajet yang diperlukan utk keselamatan negara..
Post a Comment