Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 10, 2015

BAJU BIRU LA... BAJU MERAH LA... YANG PASTI, ELOK SAJA MAHATHIR MELENGGAK TERSANDAR DI KERUSI DENGAN NAJIB BERUCAP PENUH BERAPI-API!!!



Ada Baju Biru, ada Berani Kerana Benar, ada Baju Merah.. ada si tolol, ada si bengap, dan tidak kurang juga ada si bebal!

Tapi akhirnya yang kelihatan cumalah, mundar-mandir mempamerkan batang tubuh yang tidak berapa berlekuk dan berbentuk, melainkan tidak ubah seperti guni beras basah sedang bergerak!

Melihat aksi-aksi para penyokong yang kelihatan bersemangat untuk mencetuskan provokasi dan kekecohan, boleh membuatkan kita ralit.

Di tengah-tengah laungan kononnya, nak mempertahankan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Tun Mahathir daripada kena 'boo', kerumuman seperti anak-anak seluang di sekeliling ketulan tahi hanyut, membuktikan betapa tidak matangnya mereka yang menggelarkan diri sebagai penyokong UMNO. Apatah lagi, sebahagian daripada muka-muka muda yang beria-ia dan bersungguh-sungguh itu kelihatan terlalu mentah, bahkan besar kemungkinan belum lagi mendaftar sebagai pengundi pun!


Gelagat tak boleh belah! Dan mereka tidak segan silu mempamerkan kebengapan masing-masing di Facebook... dengan penuh bangga menyiarkan gambar-gambar untuk dikutip dan disebarkan...

Lebih sibuk daripada penyibuk!

Tetapi akhirnya ia samalah sepertilah yang berlaku dalam setiap pilihanraya... yang begitu beria-ia, akhirnya terkulai. Kalau kalah, salahkan orang sana orang sini. Kalau menang, claim kredit diri sendiri walaupun ada kalanya merompak usaha orang lain.

Sesuatu yang tidak pernah berubah dan ianya tidak tertakluk kepada UMNO sahaja, sebaliknya ini adalah penyakit yang kerap melanda semua parti politik.


Ketika para penyokong masing-masing sibuk mengatur pelbagai rancangan untuk mempertahankan para pemimpin pujaan masing-masing, dan mereka pula berada di luar Dewan atau di tingkat bawah, berhadapan sesama sendiri sambil menyukat lengan, atau menumbuk telapak tangan sendiri, bagaikan naga terjentik telur, para pemimpin yang dikatakan bertelagah elok sahaja bertemu berpelukan, bersalam-salaman dan berbual mesra sambil bertukar-tukar senyuman.

Haram tak sekutik para pemimpin pujaan mempertahankan para penyokong mereka yang pada bila-bila masa sanggup menanggalkan baju di badan dan mengukur kekuatan penumbuk kalau tidak pun keras lidah masing-masing.

Dan kerana itulah, Allah Taala sendiri menetapkan bahawa marhein kekal sebagai marhein kecuali mereka berubah dan berfikir, bahkan menembusi langit sekiranya mereka mampu dengan ilmu masing-masing!!!

Aloha!!!


7 comments:

Anonymous said...

Aku rasa tergelak..Apabila presiden kata terpaksa kenakan GST...kerana harga jatuh..
Seingat - ingat kamu...PETRONAS hasil warisan siapa?? Bukankah hasil tahi hanyut tu..
Yang presiden kamu tarik balik subsidi tu..konon kononnya bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam..hari ni tgklah harga tambang dinaikkan...subsidi tu hasil warisan siapa?..bukankah hasil warisan tahi hanyut tu..
Perbankan islam ..universiti islam...hasil warisan siapa? Bukankah hasil warisan tahi hanyut tu..hari ni presiden kamu bangga anak anak melayu pegang jawatan tinggi..ini hasil warisan siapa???Hasil warisan tahi hanyut tu juga...
Sehingga hari ini tlg tunjukkan apa idea kreatif yang dibuat presiden kamu..brim,kr1m...adakah ianya benar benar membantu rakyat...bagi brim tapi rakyat dibebankan dgn gst, pemotongan subsidi...macam macam kenaikan...Itupun kamu bangga...
Harus ingat!!! jangan menghina org yg x sehaluan kita bagitu jijik sekali...

Anonymous said...

Sibuk mencari busuk orang mne ada masa nk kumpul kekuatan utk tembus penjuru langit dan bumi. Last2 yilek

Gabenor johor said...

👍👍👍👍👍

Anonymous said...

Apa yg ko merepek lol

Anonymous said...

kat uganda semua free...

Anonymous said...

Tfk

Sudah2 la tu jd macai. Ko tk penat ke jadi bodoh. Rakyat lebih senang hidup bwh pemerintahan tun drpd ang jib n kak ros.

Anonymous said...

Idea kreatif najib yg terbesar adalah 1mdb.. Yg mgharumkan nama malaysia di serata dunia.. Malah lebih wangi dari tahi hanyut..

 
Blogger Templates