Kata mereka, kalau benar Najib 'gentleman' seperti yang diperakuinya, mengapa kedudukan Muhyiddin dipisahkan.
Kata mereka lagi, kalau benar Najib jenis besar hati dan berlapang dada, tentu hal sebegini yang dapat ditonton dan dilihat oleh perwakilan UMNO mahupun orang bukan UMNO, baik di dalam Dewan Merdeka mahupun menerusi media sosial dan media massa, tidak akan berlaku.
Najib tentu akan duduk atau didudukkan sebelah dengan Muhyiddin Yassin.
Kata mereka lagi, kalau bukan Najib yang tidak berani duduk bersebelahan dengan Muhyiddin tentu Urus setia yang terlebih sudu dari kuat. Tentu kerana niat mengampu dan membodek serta menjilat yang tahapnya sangat luar biasa.
Dan ada pula yang cuba menjadi 'orang baik-baik' dengan menyatakan, tidakkah tindakan itu akan merenggangkan lagi hubungan antara Presiden dan Timbalan Presiden.
Begitulah apabila persepsi sudah mengakar umbi. Kebenaran tidak akan dapat dicerna oleh otak dan pemikiran yang sihat.
Kedudukan serta susun atur seperti yang dilihat dan diperkatakan itu sebenarnya sudah dibuat bertahun-tahun lamanya. Ianya bukan baru pada tahun ini.
Hanya kerana sekeping gambar dan persepsi yang telah ditanam dalam kepala...
6 comments:
Nmpk sangatlah engkau ne sama dgn najib.. Bangang lg bodoh sombong.. Apa hal ucapan tradisi pembukaan utk sayap pemuda dan putri umno yg sekian lama di lakukan oleh timbalan pres. X di berikan kepada TSMY?? Itu kan 1 tradisi yg sekian lama telah di lakukan dlm PAU?? Apalah sangat klu najib lg penakut 2 arahkan tmpt duduk TSMY bersebelahan dgnnya.. Saya rasa x jd mslh demi keharmonian PAU 2015.. Tolong la buka minda 2 sikit.. Jgn asik nak mgampu saja.. Kesian..
Muhyiddin seorang yang sombong bodoh
Suka hati Najiblah..diakan presiden.ucapan tradisi tapi kalau boeh memecah belahkan ahli Umno baik tak payah.ehhh kau ni orang Umno ke? Kalau orang Umno dia dapat lihat kebaikan akan hal tersebut.dapat menghalang perpecahan tapi kalau kau orang Pkr ke Pan ke kau tak suka hal ini berlaku.sebab kalau Umno dah berpecah belah pihak yang tak tahu memerintah ni yang dapat kebaikan.so jangan ingat kita orang Umno ni bodoh. Ok
Tak yah lah bangangkan org lain sbb biasanya yg mengata lagi terok dpd yg dikata. Dan dlm bab pendapat tak yah kesian kt org sbb kita pun tk le jamin kita 100% benar. Klu tk suka tak yah baca sbb takut jadi barah
Ano1:58. - kau bukan ahli UMNO. Ucapan Timbalan dan naib adalah ehsan Presiden. TMY sudah diberi banyak peluang dan akses semasa menjadi DPM. Tapi bila kita sudah muak dgn org2 yg kita percayai mengkhianati.. That's it. You done!
ORANG REDHA TU...ADA MUKA LAGI KE? DAH KATA ORANG MACAM2...NAK DUDUK SEBELAH KE?
REDHA JER LA....
Post a Comment