Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, sindiket ‘ibu mengandung’ itu dikesan mencuri beberapa barang seperti ubat gigi dan gula-gula berharga mahal yang disembunyikan di dalam baju mereka.
Pengurus operasi pasar raya itu, Mas Imran Adam berkata, beberapa pengawal keselamatan yang menyedari tingkah laku mencurigakan dua wanita terbabit cuba menahan mereka.
Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki dipercayai anggota sindiket itu tiba-tiba muncul sambil mengacukan parang.
“Lelaki memakai kemeja-T biru dan bertopi itu kemudian melibaskan senjata tajam itu dalam usaha menghalang dua rakan wanitanya itu diberkas.
“Beberapa kakitangan lain yang cuba membantu tidak dapat berbuat apa-apa berikutan lelaki itu bertindak agresif,” katanya.
Menurutnya, kakitangan pasar raya itu akhirnya terpaksa membiarkan kumpulan penjenayah melarikan diri berikutan bimbang dicederakan.
“Suspek melarikan diri menaiki Perodua Alza dan Toyota Innova berwarna hitam. Pemeriksaan mendapati penjenayah melarikan ubat gigi dan coklat dari dalam pasar raya ini,’ katanya yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara, di sini.
Mas Imran berkata, kejadian kecurian seumpama itu sudah beberapa kali berlaku di pasar raya sama dipercayai dilakukan kumpulan terbabit.
“Modus operandi
“Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini yang sering mencuri di pasar raya seluruh negara,” katanya.
Menurutnya, suspek dipercayai menjual barangan dicuri di pasaran gelap dengan harga lebih murah.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Polis kini melakukan siasatan lanjut dan mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya itu,” katanya. (SUMBER)
1 comment:
yg ni geng macai pr nk ckp pompuan2 penyamun tu hidup melarat susah ke sampai wajib mencuri dan ini semua salah BN? atau ini semua bn yg upah?
siang mlm kerja membela penjenayah ialah pakatan haram.. sampai mencuri pun nk di halalkan dgn alasan susah dn krjn rasuah.. sennag2 buat propaganda utk halalkan jenayah!!
PR SUCKS!!
Post a Comment