Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 1, 2015

VIDEO VIRAL: WANITA BERTUDUNG DI JERANTUT, DITANGKAP CURI SEPAKET BAYAM, DUA EKOR IKAN MERAH DAN DUA TIN SARDIN, DIARAHKAN BAYAR 10 KALI GANDA!!!


Khabarnya kejadian berlaku di Jerantut, Pahang. Seorang wanita ditangkap mencuri di sebuah pasaraya. Barangan curiannya pula hanyalah dua tin sardin, dua bekas jeruk, sepaket sayur bayam dan dua ekor ikan merah. Dengan kata naik, ia hanyalah untuk makanan, bukannya untuk perniagaan.

Video ini telah dimuatnaik oleh Video Viral. Sehingga artikel ini ditulis, seramai 73,352 pengguna Facebook telah menontonnya.

Wanita tersebut telah melakukan kesalahan kerana mencuri. Namun ada pelbagai cerita yang boleh dikongsi daripada klip video tersebut.

Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran suara seorang lelaki Cina meminta wanita tersebut mengeluarkan barangan yang dicurinya dari dalam sebuah beg. Wanita itu turut diarahkan membuat bayaran 10 kali ganda, selain turut diugut akan dilaporkan kesalahannya kepada pihak berkuasa. Menurut lelaki kedua dalam video tersebut, wanita itu sudah kerap datang dan menjalankan kegiatan mencuri itu, namun baru kali ini mereka berjaya menangkapnya.

Biarpun, tindakan wanita tersebut nyata bertentangan dengan undang-undang, namun para pengguna media sosial, sepakat meluahkan simpati terhadap insiden yang menimpa wanita berkenaan.

“Hmm mmg mencuri itu salah mencuri itu dosa kita tahu smua tahu dalam islam pun mmg di larang tapi tah kes akk ni hmm sedih sehingga menitiskan air mata sebab nya barang yg di curi tu hmm adalah barang2 makanan.. Kesian nya smpai mcm tu sekali ..,” tulis pengguna Facebook, Noor Azila.



Malah, segelintir pengguna media sosial turut mengaitkan kes tersebut dengan desakan hidup.

“Makin ramai mencuri sebab desakan hidup. Yg kat atas maharajalela rembat duit rakyat,” kata Ahmad Yau Azis.

"Macam mana dia nak bayar 10 kali ganda sedangkan dia tak ada duit dan mencuri? Kesian dia, anak di rumah kelaparan nak makan. Ibu pula tiada pekerjaan.

"Dia curi sayur, sardin yang mungkin dijadikan lauk untuk dijamahnya bersama anak-anak. Harap pihak berkuasa pantau dan bantu rakyat miskin," kata netizen yang juga turut mengkritik tindakan dua lelaki itu yang sepatutnya membantu wanita berkenaan

6 comments:

Unknown said...

mencuri wlaupon mknn ttp slh..ler...lg plak dh byk kali mncuri...mnusia nie kdg2 bkn x mmpu nk bli tp dh trbiase mncuri...jd jgn la d galakkan...

Anonymous said...

selidik dulu sebab apa dia mencuri,desakan hidup atau tabiat semulajadi,selapas itu komen.Rasanya itu lebih adil buat semua pihak.

Anonymous said...

yang aku geram puak2 macai pakatan haram ni..asal ada org curi je salah krjn.. cepat2 label menteri tak buat kerja..menteri rasuah..menteri kaya rakyat miskin.. miskin kepala hotak apa kalau beratus tan makanan di buang sehari dlm Ramadhan oleh org Melayu...
jangan jadikan viral bodoh membela si pencuri dgn menyalahkan kerajaan. Lepas ni pelacor melacor pun salah Krjn.. kalau 3 juta warga asing menggadai nyawa masuk Malaysia untuk BERKERJA.. bukan mencuri.. kenapa ada rakyat mencuri dan dikatakan terlalu kebulur dibiarkan krjn sehingga 'terpaksa' mencuri.. habis tu 3 juta warga asing tu kerajaan bg makan free kah??

Kalau jenis manusia pencuri penyamun.. hidup senang pun masih nk menyamun mencuri.. dosa tetap dosa jgn pandai2 nk membela.. bodoh betul pem viral2 proPR macai nih!

Anonymous said...

Jangan komen dulu kalau tak faham..Ada pro dan kontra..Kena siasat dulu..nampaknya mencuri makanan basah kalau difikir lojiknya untuk makan ahli keluarga.Saya pernah didatangi oleh insan yg meminta pertolongan beli susu anak..Baru dapat kerja katanya..sebulan baru gaji dapat..So sebulan tu nak makan apa..cakap memang senang kerja banyaklah..apa apa lah..bayangkan sebulan lagi anda dibuang kerja..atau jatuh sakit..syarikat muflis tiba tiba..anak tak makan..macam mana..Allah uji anda kerana celuparnya mulut anda itu.Andakah anda mahu diuji macam tu..berpada bila menyebut doa anda dimakbulkan..

Anonymous said...

Salah tetap salah ,mencuri tu salah berdosa, kenapa mencuri , kalau perlu bantuan jumpa ajk masjid tempat tinggal taulah ajk tu nak tolong , banyak cara lain untuk dapat bantuan zaman sekarang ni ,

pakteh adam said...

admin..bagi no akaun pompuan tu...lps tu cabar lah kami supaya buat donation.....70000 lebih view x $2/ satu click.....selesai masaaalah ni rasanya...

 
Blogger Templates