Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 14, 2015

FARIDA G25 BERTEGAS, UNDANG-UNDANG KHALWAT MENCABULI PRIVASI ORANG RAMAI!!!



Kumpulan G25 mempertahankan kenyataannya mengenai undang-undang khalwat dengan mengatakan bahawa ia adalah satu ilustrasi terhadap pendiriannya tentang kepolisan moral.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya pada Sabtu, kumpulan itu menyatakan kebimbangan ke atas kenyataan yang dibuat oleh beberapa pegawai agama dan individu lain yang mengutuk atau mengeluarkan ancaman terhadap Datuk Noor Farida Ariffin ekoran komen yang dilakukannya Ahad lalu pada sidang akhbar selepas forum Islam dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran G25.

“Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan mengenai undang-undang khalwat hanyalah ilustrasi pendirian kami berhubung kepolisan moral yang merupakan salah satu isu yang diketengahkan dalam surat terbuka kami yang dialamatkan kepada Perdana Menteri bertarikh 7 Disember 2014.

“Kami juga telah menimbulkan kebimbangan kami dalam surat terbuka mengenai keadaan semasa di mana badan-badan agama seolah-olah menegaskan bahawa pihak berkuasa menjalankan tugas di luar bidang kuasa mereka, di mana mereka mengeluarkan pelbagai fatwa yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar proses demokrasi syura dan di mana mereka yang mempunyai pandangan berbeza mengenai isu-isu agama dituduh sebagai anti-Islam, anti-monarki dan anti-Melayu dan yang paling penting, di mana penggunaan Akta Hasutan kekal sebagai satu ancaman berterusan untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan berbeza.

“Perkembangan ini menjejaskan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, menyemai ketaksuban dan tidak bertoleransi, dan mencetuskan peningkatan kebimbangan terhadap keamanan dan kestabilan negara.”

Kumpulan itu mengulangi bahawa tujuan sidang akhbar Ahad lepas adalah untuk menerangkan dan menghuraikan kenyataan dan deklarasi G25 dan cadangan badan perundingan untuk mengharmonikan undang-undang Syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

Pada majlis itu, jurucakap G25 Noor Farida juga berkata kumpulan itu kekal menentang undang-undang Syariah yang menceroboh ke dalam kehidupan peribadi orang ramai, memberikan undang-undang khalwat sebagai contoh dan menambah Malaysia merupakan satu-satunya negara Islam yang mempunyai undang-undang seperti itu. (PERAK TODAY)


6 comments:

Gabenor johor said...

ada lemungkinan dia ni dilahirkan dari tangkapan khalwat ataupun dia berkahwin sbb kena tangkap khalwat

Anonymous said...

Bodoh..inilah jd klu asyik pikir hal dunia sj..

Anonymous said...

kumpulan org tua kutuk tak sedar diri nk mati. rumah kata pergi , kubur dah panggil mari . timbalan pm , ape lagi. haramkan je pertubuhan haram G25 a.k.a GILA25 ni. lagi di biarkan , lagi merosakkan masyarakat & anak muda nanti. ini semua puak2 liberal sealiran ambiga & marina chin.

Dosa dan pahala pilihan individu said...

Ada baiknya golongan intelektual Melayu seperti G25 menimbulkan perkara asas dalam ugama. Selama ini Islam diinterpretasi oleh melayu jumud dari sekolah pondok yang dibuat oleh umno.
Lama kelamaan orang melayu jadi cacar marba. Muzik itu haram tapi mendapat 4-5 juta penonton melayu. Tidak pula JAWI memecah masuk rumah-rumah Melayu yang menikmati benda yang haram tapi menyeronokan.
Semua orang tahu fitnah itu lebih besar dosa dari zina atau membunuh tidak pula JAKIM menyiasat mereka..
Adakah JAKIM memperlekehkkan kesan fitnah? Atau tak seronok mengintai orang yang sedang menfitnah agaknya.
Jadi orang bebas menabur fitnah yang diumpamakan lebih teruk dari membunuh. Tapi kita sedar itu hanya perumpamaan supaya kita berbaik sesama sendiri.
Haram menuduh orang lain.
Konsep dosa juga untuk mengajar anak -anak kita menjadi baik.Berdosa melawan ibu bapa contohnya. Menipu berdosa. Mencuri berdosa menjadi darah daging.
Begitu juga dalam kebebasan bergaul. Dipejabat sekretari perempuan dgn bos biasa berdua duaan. Perempuan belajar memnadu berdua-duaan dgn pengajar..Jika kita bersangka buruk pastinya boleh. Tapi Islam menyuruh kita bersangka baik. Yakni dapat pahala... Jika tidak kita akan jadi Daish, perempuan disimpan dirumah.

Anonymous said...

Batina dajjal laknatulluh...
Keturunan babi kali sibetina haramjadah babi dajjal lakntaullah ni...
Laknat lau wahai betina babi pengikit ajaran syaitan laknatullah

Anonymous said...

Tidal ada langsung operasi mengintai! Mohon kamu betulkan fakta! Kalau penguatkuasa meronda & terserempak dgn pasangan syok dok bertenet apakah itu dikira mengintai? Atau kamu nak katakan yg perbuatan meronda Tue sendiri adalah perbuatan mengintai? X payah nak berbelit2, terus terang saja bends yg kamu nak tegakkan adalah agama sepatutnya langsung tiada peranan dalam pentadbiran Dan urusan kerajaan? Kan?

 
Blogger Templates