Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 21, 2015

GUAN ENG KECUT PERUT DAN SEDANG SIBUK MENCARI ALASAN SELEPAS TERKANTOI, PROJEK TAMBAK TANAH DENGAN SYARIKAT MISTERI KEGEMARANNYA, DIDEDAHKAN!!!



Kantoi lagi ......Ideal Gim Venture Sdn Bhd lagi ????

Menurut Papan notis di tapak kerja projek tambakan laut Bayan Bay, kerja tebus guna ini telah diluluskan dan dibenarkan pada 15 Mei 2015, adakah ini bermaksud sebelum pengumuman kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai projek yang baru ini pada 6 Nov. semasa Sidang DUN, kerja tambakan laut telah dijalankan secara senyap-senyap?

Di sini, saya ingin tujukan 3 soalan kepada pihak kerajan Pulau Pinang.


1) Mengapa kerajaan Pulau Pinang jalankan kerja tebus guna ini secara senyap-senyap, mengapa mengeksploitasikan hak untuk tahu orang ramai?

2) Adakah pemaju ini menikmati hak keistimewaan yang tertentu?

3) Mengapa Ketua Menteri berbohong bagi pihak pemaju?


Saya merupakan orang yang ketiga mengemukakan soalan-soalan ini, harap Ketua Menteri memandang serius isu ini, jangan elakkan diri daripada menjawab soalan-soalan yang ditujukan.

Saya menerima aduan dari penduduk di sini sejak hari Sabtu lagi, mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu tentang kewujudan projek ini, dan mereka juga tidak terima sebarang surat atau diminta hadir ke sebarang sesi dialog. Mereka berpendapat mungkin tiada perundingan awam bagi projek ini. Dan sebenarnya penduduk di sini bantah projek tambakan laut ini.

Ada penduduk menanya saya, bukankah projek ini telah dibatalkan sebelum PRU 13 ? Mereka masih ingat bahawa pada masa itu, Ketua Menteri yang mengumumkan pembatalan projek ini, mengapa ia dihidupkan semula dalam masa 2 tahun lebih ini? Yang paling serius ialah projek ini diluluskan secara senyap-senyap!


Penduduk di sana merasakan mereka telah tertipu, dan mereka mempersoalkan samada pembatalan projek ini sebelum PRU 13 adalah hanya bertujuan untuk meraih undi, menyenangkan hati mereka pada masa itu? Dan selepas PRU 13, projek ini pula dimula semula secara senyap-senyap?

Parti Gerakan Pulau Pinang dan Barisan Nasional Pulau Pinang tidak akan putus asa, kita akan terus menyiasat dan membongkar skandal-skandal yang mungkin berlaku dalam projek ini.

Saya tidak faham mengapa kerajaan negeri tidak berani memberi rakyat Pulau Pinang membaca dan meneliti perjanjian projek ini.

Teng Chang Yeow
Pengerusi BN Pulau Pinang

1 comment:

Anonymous said...

Mana WSJ? Apakah isu melibatkan selat melaka tidak penting walhal ia adalah laluan tersibuk dunia.

 
Blogger Templates