Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 16, 2015

KETUA MENTERI SARAWAK CABAR WAKIL DAP BERANIKAN DIRI SOKONG USUL MENGHARAMKAN KEMASUKAN UMNO, PKR, DAP DAN PAS KE SARAWAK!!!



"Sekiranya anda tidak pasti sama ada mahu menghalang UMNO daripada masuk Sarawak itu kekal atau tidak, mengapa tidak kita buat usul di Dewan ini agar mengharamkan terus kedatangan UMNO, DAP, PKR dan PAS. Bolehkah anda memberikan jaminan yang anda akan menyokongnya?"

Sekali lagi Adenan Satem memberikan tamparan paling kasar ke muka wakil-wakil DAP yang hanya pandai bercakap tetapi tidak sedar diri.

Adenan Satem cuba didesak oleh ADUN DAP Dudong, Yap Hoi Liong tentang kedudukan Kerajaan Negeri yang terus menyokong Najib Abdul Razak walaupun Adenan mengulangi kenyataan bahawa UMNO tidak diperlukan di Sarawak.

DAP dan wakil-wakilnya seringkali cuba menggambarkan UMNO adalah ancaman kepada rakyat Sarawak dengan melabelkan UMNO sebagai 'penjajah Malaya' tanpa sedikit pun menyentuh bahawa DAP itu sendiri adalah parti politik dari Semenanjung yang tunjang serta konsentrasi taat setianya adalah kepada Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Seluruh DAP adalah berkisar tentang Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, adik beradik Lim Guan Eng, ipar duai dan isteri-isteri keluarga Lim.

Adenan Satem mengulangi penegasannya sebelum ini bahawa Barisan Nasional Sarawak akan terus menyokong Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri selagi mana Najib tidak didapati bersalah melakukan sebarang penyelewengan dalam 1MDB.

"Najib adalah Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Barisan Nasional. Kesetiaan saya adalah kepadanya. Dan belum terbukti lagi yang dia telah melakukan apa-apa kesalahan," kata Adenan Satem sewaktu ucaptamanya di DUN Sarawak.

"Saya boleh jamin, sekiranya didapati melakukan kesalahan dalam isu 1MDB, kita akan menimbang semula kesetiaan kita kepadanya," tambahnya. (RUJUK SINI)

Dalam ucapannya juga, Ketua Menteri Sarawak itu berkata, dia telah memujuk UMNO agar tidak masuk ke Sarawak memandangkan parti-parti komponen Barisan Nasional negeri mampu dan berjaya membangunkan Sarawak walaupun UMNO tiada di negeri tersebut.

Pada ketika itulah, Ketua Menteri Sarawak itu berkata, sekiranya ADUN-ADUN pembangkang takut sangat dengan UMNO yang dikatakan akan masuk ke Sarawak memandangkan UMNO adalah parti dari Semenanjung, mereka juga seharusnya bersetuju untuk mengambil tindakan yang serupa ke atas DAP, PKR dan PAS.

No comments:

 
Blogger Templates