Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 16, 2015

PENIPU JUAL BELI KERETA DI MUDAH.COM YANG SASARKAN MELAYU, DIDEDAHKAN NETIZEN!!!



Cerita-cerita tentang penipuan yang dilakukan oleh individu tertentu menggunakan jualan/pembelian online telah lama diperkatakan. Antara portal online yang seringkali menjadi sarang dan lubuk mereka menipu adalah MUDAH.COM yang seringkali menjadi tumpuan bagi mereka yang mahu mencari kenderaan-kenderaan terpakai berharga lebih murah dari pasaran, walaupun sebenarnya tidaklah murah mana.

Kali ini, Netizen yang berang dengan individu-individu tertentu yang menjadikan kemudahan Internet sebagai sarang mereka mengaut keuntungan mudah menerusi penipuan, telah melakukan pendedahan.

Seorang pemuda Cina dengan gambar serta butirannya telah didedahkan oleh seorang pengguna Facebook. Dikatakan, individu tersebut telah menipu ramai pembeli kereta Melayu yang menggunakan Mudah.Com.

Berang kerana modus operandi individu tersebut adalah menipu golongan miskin dan memerlukan, pengguna Facebook tersebut telah mendedahkan butirannya.



Komen-komen yang dibuat pula, nampaknya ada yang cuba mengurangkan ketegangan dengan mengingatkan penekanan kepada 'bangsa' akan lebih memudaratkan kerana penipu dan penjenayah sebenarnya tidak melibatkan kaum atau bangsa. Dan yang menjadi mangsa juga tidak mengira kaum atau bangsa, apatah lagi agama yang dianuti.

Bagaimanapun, komen salah seorang yang kelihatan cuba membela individu yang dituduh melakukan penipuan tersebut agak menarik apabila dia seperti ingin memberitahu, tiada jenayah yang dilakukan sebaliknya, ia melibatkan salah faham kerana masalah CINTA.

Namun wanita yang dikatakan teman wanita individu tersebut, segera tampil dan segera menafikan faktor tersebut sebaliknya menyatakan, individu tersebut besar kemungkinan daripada sebuah sindiket yang kerjanya memang menipu.

Seorang pengkomen yang lain pula, memberikan butiran alamat, bahkan turut menyatakan individu tersebut turut menerima BRIM yang dikatakan dan dilabelkan oleh DAP sebagai RASUAH!


1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan lemah dlm menangani kes penipuan penjual kereta online terhadap pembeli. Patut mangsa yang buat report diberi perhatian lebih Dan tindakan segera diambil pada penjual yg menipu.

 
Blogger Templates