Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 19, 2015

LAGI KISAH PENIPUAN JUAL-BELI TELEFON DI KOMPLEKS KOTA RAYA... MUKA PENJUAL YANG SAMA JUGA!!!

Saya pergi ke Kompleks Kota Raya pada 30 November 2015. Saya ternampak harga telefon yang dipamerkan di sebuah kedai itu agak murah, membuatkan saya tertarik untuk membeli iPhone 6. Jurujual kedai itu menawarkan harga RM799 kepada saya untuk iPhone 6 itu. 

Setelah bertanya berkali-kali pada jurujual tersebut sama ada iPhone 6 itu asli atau tidak, perlu membuat bayaran tambahan atau tidak, saya berpuas hati dengan jawapan dan penjelasan yang jurujual itu berikan. 

Saya bersetuju dan membayar RM799 kepada jurujual berkenaan. Dia meminta saya menunggu selama 10 minit sementara dia pergi mengambil telefon iPhone 6 tersebut. 

Setelah beberapa ketika, dia kembali dengan membawa iPhone 6 tersebut berserta dengan resit yang menunjukkan saya perlu membayar bayaran tambahan sebanyak RM3,100 bagi network rrp LTE, di mana network itu tidak jelas wujud ataupun tidak.

Saya terkejut dengan jumlah yang dinyatakan dalam resit itu. Jurujual itu memberikan saya dua pilihan sama ada mahu membayar iPhone  6 itu dengan harga RM3,100 atau tukar dengan telefon yang lain. Dia juga tidak membenarkan saya membatalkan pembelian kerana dia telah mendaftar nama saya untuk pakej RRP plan tanpa keizinan saya.

"Berapa you boleh tambah?" tanya jurujual itu

"Saya boleh tambah RM1,200 untuk angkat iPhone 6 original ini,". 

Dia bersetuju dengan harga RM1,200 dan saya membayar wang itu kepadannya. Tetapi dia memberikan iPhone 6 klon kepada saya. 

Oleh kerana saya tidak mempunyai sebarang pilihan yang lain, hari pun sudah lewat malam, saya terpaksa membawa balik iPhone 6 klon tersebut berserta dengan bayaran penuh RM2,000. 

Dua hari kemudian, saya kembali semula ke kedai itu, Jurujual terbabit menukar iPhone 6 klon dengan Samsung J5 yang harga pasaran tidak melebihi RM800. 

Dengan ini saya rasa sangat tertekan dan tertipu dengan apa yang berlaku kerana saya telah kesempitan wang pada semester ini.

Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bangi. Salinan laporan polis dan resit pembayaran seperti di bawah:



Namun, hasil bantuan dari individu yang sama telah membantu Pakcik Hanif yang ditipu sebanyak RM3,100 semalam, Roslan Hj Ismail sekali lagi menghulurkan bantuan pada mangsa mendapatkan semula wangnya. 


"Terima kasih di atas budi baik dan bantuan abang Roslan. Hari ini, pada jam 3.15 petang saya telah berjaya mendapatkan kembali duit saya RM1,200. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang dan orang ramai yang berani berjuang untuk kebajikan semua. Semoga terus maju untuk masa depan. Terima kasih," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM


8 comments:

Ted Manoff said...

Cari lagi kedai China. ..penat Sabri buat digital mara..kurang cerdik punya melayu

Anonymous said...

Melayu BODOH..Kalau dah buat repot tu biarlah polis siasat dan KPDNKK ambik tindakan..tapi mana KPDNKK ...senyap aje..Dah kena beli ke...ini yg buat rakyat marah dgn kerajaan BN ni.

Anonymous said...

UMNO polis dll takkan taknboleh bertindak..

Apa ug takut sangat?? Makan rasuah ka?

Apa yg babi ni kuat sangat?? Ada Pistol bomb pum gun??



Babi itu masih bebas menipu umat islam kerana kebodohan pihak berkuasa..

Anonymous said...

Kalau tidak meniou bukan lah apek nama-nya kan? Keparat dan lahanat macam ini yang memburuk kan Negara kita. Serupa juga di Singapura bagaimana seorang pembeli dari China kena tipu sampai menyembah tetapi penjual lahanat hati kering. Police tidak berbuat apa-apa. Tetapi rakyat Singapura ie netizen bergabung dan "merempuh" rumah dan kedai lahanat tu. Last2 lahanat tu pulang balik duti. So di sini kita lucky kerana ada persatuan yang ada "telor" yang berani rempuh penjual yang menipu. Mesej.....jangan kena tipu dan jangan biarkan kes2 tipu dibiarkan. Bawa ke pengadilan....buat polis report....masuk dalam media....lapor kepada autoriti dan pengeluar lessen berniaga....bawa ke mahkamah tribunal...pengguna ada hak dan kes tipu jangan dibiarkan. Biar lahanat rasa duduk dalam jail.

Anonymous said...

Kau tu yg bangang...dah d beri peringatan oleh ppim masih lagi tehegeh2 pg beli kat tempat yg sama apahal....
Bangangan nak mampus....

Anonymous said...

apa pesen meniaga macam ni? kt kotaraya ni dah tak ada polis atau makhluk baik yang boleh membantu ke? jenis niaga main ugut, tipu dan mencekik darah seperti ni wajib dibenteras, dengan apa cara sekalipun. macam negara ni sudah dalam genggaman kominis pulak, nak beli ikut term & condition dia, sementara pelanggan hanya perlu hulur tengkok untuk disembelih! apa punya sial. sewajarnya lupuskan kedai tu, ambik tindakan mahkamah ke atas pekedai dan pekerja2nya yang bersekongkol dan blacklist daripada daftar perniagaan pada masa akan datang. biar mereka duduk dan berumahtangga dalam longkang, pengajaran kepada penipu dan penzalim...

Anonymous said...

Da tahu cina penipu dam area tu mereka control...yg ko bodo sgt pegi situ buat hapa..??

Anonymous said...

Melayu suka kena tipu sbb nak cari jln mudah tidak mahu usaha mencari. Lepas tu complen walhal sendiri yg bebal ...

 
Blogger Templates