Dan seperti biasalah, apabila pergaduhan seperti itu berlaku, maka yang bersalah adalah pihak yang menyerang dan melakukan kekacauan.
Akta-akta berkaitan akan mula diperkatakan dan dikenakan kepada mereka yang ditahan kerana mencetuskan dan memulakan kekacauan awam.
Dan sekali lagi juga Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 akan didendang-dendangkan, disyair-syairkan, diprosa-prosakan dan dipuisi-puisikan untuk menghibur hati para pengguna, kononnya akan melindungi kepentingan pengguna.
Seolah-olah akta tersebut boleh bertukar menjadi ULTRAMAN atau paling cikai pun, Kluang Man untuk menyerkup para peniaga yang tamak haloba menaikkan harga sesuka hati dan kemudian menyalahkan pihak berkuasa.
Beberapa 'entiti' dari Kerajaan pula akan bertindak seperti manusia naif yang akan bercakap tentang undang-undang, seolah-olah semua urusan di negara ini berlangsung mengikut undang-undang dan semua orang terutama
Penipuan kerana jualbeli telefon bimbit sudah masyhur. Pihak berkenaan dilihat masih lesu dan masih tidak mampu bertindak secara berterusan, sebaliknya sekadar bermusim, membuat penyerbuan yang telah dimasyhurkan dan melakukannya hanya sekadar di hadapan kamera dan mikrofon media, kemudian selepas itu, sama setaraf dengan tahi ayam, hangat-hangatnya boleh dibilang dengan saat.
Para pengguna kini dilihat sedang menahan kemarahan yang sudah semakin menggelembung dan boleh meledak dengan sedikit tusukan sahaja. Sedangkan satu pihak pula, terus-menerus melakukan kezaliman dan mencari provokasi dengan terus menaikkan harga dengan pelbagai alasan termasuklah cukai dan dasar kerajaan.
Manakala pihak berkuasa kerajaan pula, bertungkus-lumus mencari alasan dan hanya sesekali melakukan yang langsung tidak menggentarkan para pelaku kesalahan.
Keadaan ini sekiranya berterusan, pastinya akan mencetuskan sesuatu yang lebih parah, sesuatu yang lebih besar dan sesuatu yang langsung tidak terkawal. Ini bukan lagi soal politik atau siapa yang akan naik menjadi kerajaan atau siapa yang akan jadi penguasa.
Apakah nanti kerana pakaian seragam dan kelengkapan sekolah yang naik harga akan mencetuskan kemarahan luar biasa rakyat Malaysia?
Apakah nanti kerana minyak masak, tepung dan gula, rakyat akan gagal mengawal kemarahan?
Apakah nanti kerana syarikat-syarikat konsesi menaikkan tol dan kadar tambang perkhidmatan awam, rakyat akan meruntuhkan negara ini?
Sekarang, ramai yang boleh gelak kerana ada sebilangan rakyat yang berang dan melakukan huru-hara kerana penipuan jual-beli telefon bimbit. Tetapi ramai yang terlupa bahawa kebanyakan keruntuhan sesebuah empayar bermula dengan masalah yang sangat remeh!!!
Sampai bila pihak berkuasa sekadar melepaskan batok di tepi tangga sedangkan masalah sebenar, iaitu kegiatan pencatutan tidak dibendung dan dibanteras dengan sebaik-baiknya?
4 comments:
pecat terus KAKITANGAN2 MELAYU PUKIMAK SIAL TUH..ramai lagi melayu2 yang betul2 nak bekerja dalam mana2 jabatan kerajaan untuk serius, tapi negara ni mcm haram jadah sial sbb HAMPIR SEMUA KAKITANGAN2 dlm kerajaan hari ni semuanya masuk secara SECARA HARAM ATAU NAMA SAINTIFIK BODOH TU 'KRONI' bangsa melayu sampai kiamat pun tak buleh nak maju selagi ada MENTALITI BODOH PIANG dalam pala hotak depa..semuanya nak keja mudah sampai tak mau belajar susah sikit pun.. semuanya cukup takut nak berubah untuk maju sebab tak mau hilang apa yang ada sekarang... lancau la kalau dok pikiaq mcm tu lagi.. bangsa melayu sekarang ni tak berenti dengan POLITIK2 SIEY sampai tahap nak berbunuh sama sendiri pun ada sebab ideologi politik masing2.. nih stop sat politik haram jadah tu tak kira la parti mana pun sebab nnti malaikat tak akan tanya kita parti politik mana bila di dalam kuboq tu nnti... apa yang kerajaan buat untuk bantu atau maximize peniaga2 melayu??? haram habuk pun tarak...yang dok dengaq dalam berita dana tu dana ni la bantuan iks tu la iks ni la tapi realiti apa pun tarak semuanya masuk kat KRONI DEPA SENDIRI!!! pegi mampos la dengan kakitangan2 kerajaan yang bajet best mcm depa ada ilmu hebat2 padahal zero kaldai pun lagi bijak dari kakitangan2 kerajaan nih..
Selain penjual tidakkah pengedar juga harus diberikan surat tunjuk sebab apabila berterusan membekalkan produk kepada penjual yang tegar licik memperdayakan pelanggan. Kalau ini dilakukan bukan saja kelicikan dapat diatasi malah pihak pengimport dan pengedar dapat menyelamatkan produk dari mendapat nama yang busuk.
Di JB Kedai runcit jual top up RM11.00 dimana sepatutnya RM10.60 dan telah dilapurkan tapi tiada tindakkan diambil hingga hari ini.
K/tange. Kerajan rama ddari negeri cik siti we kembe deh..tok cayo?acu gie survey..
Post a Comment