Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 15, 2015

LOW YAT 2 DIBUKA, SKEPTIK SEGERA BERTEORI, LOW YAT 2 AKAN BUNGKUS DALAM TEMPOH 6 BULAN!!!



Medan MARA Digital Mall atau sebelumnya dikenali sebagai 'Low Yat 2' telah dibuka secara rasmi. Mengambil kira daripada insiden Low Yat yang hampir mencetuskan pergaduhan kaum angkara penipuan, kesamsengan serta jenayah intelek yang sudah sekian lama berleluasa di Low Yat, Bukit Bintang, inisiatif untuk memastikan bidang berkenaan tidak dibolot oleh kartel perakam rompak dan samseng, telah mencetuskan idea Low Yat 2.

Selepas insiden Low Yat tidak lama dahulu, menyebabkan para pekedai di Low Yat membuat pelbagai promosi apabila mereka semakin sedar bahawa kegiatan menipu yang mereka amalkan selama ini telah menaikkan kemarahan orang ramai, sekaligus gerakan memboikot Low Yat disambut baik.


Low Yat yang dahulunya sesak dengan lautan manusia pencinta gajet-gajet terkini, kini semakin sepi. Sudah beberapa kali luahan agar kerajaan melakukan sesuatu untuk membantu para peniaga di Low Yat dibuat. Malahan pengurusan Low Yat juga cuba mengadakan acara Aidil Fitri yang berakhir dengan terpaksa membatalkan acara tersebut kerana tidak mendapat sambutan langsung.

MARA Digital Mall menjadi ancaman terbaharu kepada Low Yat. Dengan sewa yang lebih rendah serta beberapa kemudahan lain, MARA Digital juga sebenarnya disaingi secara kuat oleh Kompleks Pertama yang turut mencatatkan pelbagai isu penipuan ke atas pelanggan-pelanggan yang membeli telefon di situ.



Dan seperti biasalah, usaha-usaha untuk menjatuhkan benda-benda sebegini yang mempunyai kaitan rapat dengan Melayu-Bumiputera, perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya agar persaingan tidak wujud dan penguasaan kekal di tangan kartel. (BACA DI SINI)

Perniagaan digital samalah seperti perniagaan emas yang hanya dikuasai oleh kelompok tertentu. Kelompok tertentu itulah yang akan menentukan jumlah emas di pasaran, harga emas di pasaran, bahkan menentukan juga kadar permintaan dan pembekalan.

Dek kerana itulah, ramai terutama sekali yang skeptikal bahawa Melayu-Bumiputera boleh berniaga, mengangkat kening dan mencebik bibir apabila MARA memberikan kemudahan, termasuklah pengecualian sewa selama 6 bulan untuk para penyewa di MARA Digital Mall dengan menjadikan alasan 'PEMBAZIRAN WANG RAKYAT', walaupun usaha MARA itu sangat membantu mengumpulkan pelanggan-pelanggan di tempat yang sangat baru dibuka dan memerlukan promosi serta publisiti yang lebih bersepadu.

Fahaman kuno kononnya orang Melayu-Bumiputera tidak boleh berniaga dan kalau berniaga mesti rugi, nampaknya terus menebal, terutama sekali di kalangan mereka yang berasa terancam dengan kewujudan MARA Digital Mall. Ironinya, jikalau benar MARA Digital Mall tidak akan bertahan lebih daripad 6 bulan seperti yang mereka dakwa, apa perlu mereka begitu beria-ia berkempen yang para peniaga di MARA Digital Mall hanya menghabiskan wang rakyat?

Anehnya, ada juga yang mengamuk kerana tidak dapat projek kerajaan atau kertas proposalnya ditolak, turut sama mencebik sambil memperlekeh-lekehkan kewujudan MARA Digital Mall.


4 comments:

sesejuk mata memandang said...

Saya rakyat Malaysia berbangsa melayu, dan mengatakan teori low yat akan bungkus selepas 6 bulan hanyalah khayalan penulis
Cuba fikrikan beberpa perkara sebelum andaian itu menjadi kenyataan.
1. Kenapa peniaga ushawan melayu diberikan sewa percuma selama 6 bulan - sebab tiada modal
2. Harga yang dijual jika kurang seratus ringgit pun berapa boleh dijual kerana orang melayu sendir suka melihat melayu gagal dalam perniagaan
3. Berapa ramai yang dilantik sebagai pendedar utama oleh pengilang
4. Mampukan kah nanti peniaga melayu berlawan harga dengan low yat kerana mereka rata ratanya pintar sorok sana sorok sini
5. Boleh kah peniaga melayu berperang harga jika low yat mula menawaarkan produk dengan bayaran mudah dan murah
6. Berapa banyak kah orang melayu sanggup membantu dan memboikot barangan yg dijual di low yat dan beraloih ke Mara Digital.

Semua jawapan diatas adalah tidak mungkin dan tidak . jadi andain bungkus selepas 6 bulan bukan lah satu andaian tepat selagi peniaga melayu tida bersedia berperang harga secara habisa-habisan

Anonymous said...

Insentif terbaik.6 bulan.peniaga boleh berfikir cara tingkatkan hasil.sebenarnya ada cara untuk paparkan produk kita.Kita yg tak nampak.pasaran sedia ada perlu dirancang untuk asas bertahan oleh peniaga.Ada caranya untuk semua bidang.Saya tengah usahakan.usaha ini memakan masa 2 tahun.Doakan saya berjaya untuk umat Islam Melayu Terbaik.Triz Group.

Unknown said...

Semoga terus maju

Anonymous said...

Saya akan sokong. Insyallah akan berbelanja disana walau tk semurah loyat.

 
Blogger Templates