Barangkali kesan kegilaan glamour yang mulai pudar, membuatkan Presiden Martabat Jalinan Muhibah, Rani Kulop kecewa kerana tidak lagi mendapat tempat dan menjadi tajuk berita di media elektronik, khususnya TV1 dan TV3.
Katanya, dia kecewa kerana stesen-stesen televisyen tersebut tidak lagi menyiarkan tentang perjuangannya walhal dia bukanlah seorang ahli politik, sebaliknya memperjuangkan isu rakyat. (RUJUK SINI)
Modus operandi Rani Kulop yang banyak membuat laporan polis telah digunakan sebagai tiket untuk mengecapi kemasyhuran. Walaupun banyak pihak memperolok-olokkannya, terutama sekali penampilan serta hujah-hujahnya yang kedengaran lebih lawak berbanding fakta, namun dia tidak pernah peduli. Asalkan ada isu, dia akan menjadi antara orang terawal membuat laporan polis.
Laporan polis seolah-olah telah dijadikan bahan mainan dan tidak lagi bernilai...
Baru-baru ini, Rani Kulop menerima pingat kebesaran bergelar daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dan Sultan Perak. Kenyataan Ketua Menteri Melaka bahawa lelaki tersebut yang gila berbaju serba kuning dan mendakwa dia adalah Sultan Melaka sebagai orang gila dan lebih layak menyertai Maharaja Lawak, telah dibidas oleh Rani Kulop yang cuba mempertahankan lelaki tersebut. Menurutnya, oleh kerana tiada seorang sultan pun di Malaysia yang mahu memberikan pingat yang membawa gelaran Datuk kepadanya, tiada salahnya dia menerima pingat daripada 'Sultan Melaka'. (RUJUK SINI)
Pihak berkuasa dan media seharusnya menghargainya kerana khidmat baktinya kepada masyarakat, kata Rani Kulop. Dan tidak cukup dengan itu, Rani Kulop juga mengarahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia membuat siasatan untuk mencari punca mengapa pihak media tidak lagi menyiarkan berita tentangnya.
Macam-macam gila ada di negara ini...
Ini pun gila disebabkan kecewa!!!
4 comments:
Kulop... Kulop..
Pergila berkhatab dulu baru orang layan
Kulub Rani sewel la...
KAWE TAU LAMO DOH POK KULUP NI PALO MASOK AIR
kulop buat malu org melayu!patutnya perkataan kulup ni utk org yg tak sunat,org cina,bukan utk org melayu.woi rani,sudah2lah tu.
Post a Comment