Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, March 19, 2016

DI TENGAH-TENGAH KEHANGATAN RASUAH DAN SALAHGUNA GUAN ENG, SPRM MUNCUL PULA DENGAN BERITA PEGAWAI KANAN KERAJAAN DITANGKAP RASUAH RM20 JUTA MENGHANGUSKAN WANG KERAJAAN RM100 JUTA!!!



Ini bukan kes orang politik tetapi libatkan pegawai kanan kerajaan.Bayangkan duit kerajaan hangus sekitar RM100 juta gara-gara tindak tanduknya mengetuai satu sindiket salah guna dana kerajaan.

Wow…hasil dari kegiatan pegawai itu dianggar menerima suapan RM20 juta.

Kisahnya begini....Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pegawai sebuah kementerian bersama lapan orang kontraktor kerana terlibat sindiket salah guna dana kerajaan yang mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian dana RM100 juta.

Kesemua yang ditahan, lapan lelaki dan seorang wanita dan mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula 18 Mac bagi membantu siasatan.

Pegawai lelaki yang berpangkat Setiausaha Bahagian kementerian berkenaan sejak 2008, juga dipercayai adalah mastermind sindiket itu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki pada sidang media di ibupejabat SPRM Putrajaya, Sabtu, berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati kegiatan sindiket itu berlaku sejak 2010 sehingga sekarang.

Beliau berkata, pegawai berkenaan dianggar menerima suapan bernila RM20 juta sepanjang tempoh itu.

Katanya, SPRM memulakan siasatan pada 17 Mac tetapi mendapat "tip-off" empat bulan lepas.

Menurutnya modus operandi sindiket berkenaan ialah dengan mengarahkan pihak kewangan kementerian berkenaan membayar kepada tidak kurang daripada 14 syarikat yang dikendalikan oleh ahli-ahli sindiket ini bagi program yang diwujudkan walhal kerja-kerja tidak pernah dilaksanakan.

"Tiada sebarang tuntuan dikemukakan oleh syarikat-syarikat itu kepada agensi kerajaan berkenaan tetapi pegawai kanan itu memainkan peranan memastikan bayaran dibuat kepada mereka.

"Kemudian, dalam peratusan tertentu, pegawai berkenaan menerima imbuhan daripada pihak syarikat dan dibayar melalui cek ke akaun peribadinya," kata Azam.

Menurut Azam lagi, pegawai berkenaan turut menerima habuan-habuan daripada pihak kontraktor seperti rumah, kereta mewah, pembayaran insurans dan unit amanah bernilai jutaan Ringgit, penggunaan kad kredit supplementary, pengubahsuaian rumah dan lain-lain.


Katanya lagi, pegawai berkenaan juga mengamalkan gaya hidup mewah dan memakai jam-jam tangan berjenama yang salah satu daripadanya berharga RM400 ribu, serta memiliki barang kemas yang banyak dan ada yang bernilai RM600 ribu.

Selain itu pegawai berkenaan juga memiliki "beddings" bernilai RM300 ribu, lukisan berharga RM60 ribu, berpuluh-puluh beg tangan berjenama dan ada yang berharga RM400 ribu serta pakaian-pakaian berjenama.

Pegawai berkenaan juga kerap ke luar negara bersama keluarga hingga mampu menggunakan penerbangan "First Class" setiap seorang.

Azam berkata siasatan akan dijalankan di bawah kesalahan rasuah di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, serta juga kesalahan Penggubahan Wang Haram, Pengcegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Katanya SPRM juga telah membekukan sejumlah 69 akaun bernilai RM8.9 juta, harta-harta lain seperti rumah, kenderaan mewah, barang kemas, jam-jam tangan dan lain-lain untuk siasatan lanjut.

Azam berkata SPRM juga akan memanggil beberapa saksi terutama dari kementerian terbabit. Selain itu SPRM akan melihat sistem dan prosedur kementerian berkenaan. - AGENDA DAILY


2 comments:

Anonymous said...

PAS SELANGOR....PAS PULAU PINANG ATAU PAS PUSAT DAH BUAT LAPURAN PULIS DAN SPRM KE BELUM PASAL BANGLO LGE DI PULAU PINANG...? Pelik sungguh perangai org PAS ni....

Anonymous said...

melayu lagi....cepat sungguh..siasat dan terus tangkap...

alahai....

kes gueng eng ...camno lak?

 
Blogger Templates