Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 11, 2016

KETIKA DAP GIAT PINDAHKAN PENGUNDI, UMNO-BN PULA GIAT BERPERANG DENGAN KONCO-KONCO DAP DALAM PARTI!!!



Sudah menjadi rahsia terbuka bahawa DAP sedang giat menjalankan kerja-kerja memindahkan para pengundi mereka ke kawasan-kawasan yang menjadi sasaran untuk dimenangi pada PRU-14 nanti. Dan kerana itu DAP sedang bercakap besar tentang menguasai lebih banyak kerusi sama ada Parlimen atau DUN terutama sekali di Sarawak di mana mereka akan bertanding sekurang-kurangnya di 40 kerusi DUN, sekaligus membayangkan DAP sudah membayangkan mereka akan menjadi Kerajaan Negeri atau kuasa politik yang jauh lebih besar walaupun ahli-ahlinya adalah minoriti di negara ini.

Dalam tempoh 2 tahun dari sekarang, PRU-14 akan berlangsung. DAP jauh lebih bersedia berbanding BN sama ada dalam bentuk isu, pertahanan diri, pengalihan isu, penyerangan isu, pengumpulan isu, mahupun mengenalpasti sasaran yang akan mengundi DAP. Paling efektif dan paling pantas dilakukan oleh DAP kini adalah memindahkan sebahagian besar para pengundinya daripada kawasan lebihan majoriti ke kawasan-kawasan sasaran baru, terutama sekali kawasan-kawasan yang sekarang ini disandang oleh PAS di Selangor seperti Cempaka dan Lembah Jaya.

Kita boleh lihat sekarang, bagaimana buntunya UMNO-BN apabila berhadapan dengan DAP. DAP juga sama seperti UMNO, berhadapan dengan pelbagai isu dalaman, termasuklah penentangan daripada ahli-ahli DAP ke atas keluarga Lim. Gerakan menyapu dan menendang turun Keluarga Lim daripada apex kuasa DAP, sedang giat dijalankan sehinggakan Lim Guan Eng terpaksa mengumpulkan para penyokongnya di Pulau Pinang seperti Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban.

Namun DAP sentiasa bijak mengambil peluang untuk mengalihkan perhatian. Lim Guan Eng sentiasa terselamat daripada sebarang serangan walaupun dia sudah terperangkap dengan isu-isu besar terutama sekali membabitkan kewangan Negeri Pulau Pinang. Pengalihan isu yang dilakukan oleh para pemimpin DAP pro-Guan Eng seperti Tony Pua, Lim Lip Eng, Ong Kian Ming malahan bapanya sendiri Lim Kit Siang yang bijak menggunakan peluang menggunakan isu yang membabitkan para pemimpin UMNO-BN khususnya Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO.

Gabungan dengan Dr. Mahathir-Muhyiddin pula, menjadikan DAP lebih berjaya menyembunyikan kecurangan mereka kepada rakyat Malaysia dan negara ini. Untuk menambahkan lagi rencah, DAP menerusi beberapa orang pemimpin kecil mereka seperti Naib Ketua DAP Johor yang mempertikaikan ibadah umrah Perdana Menteri serta serangan ke atas kedaulatan Islam di Malaysia di Parlimen dua hari lepas, adalah usaha-usaha untuk terus menyembunyikan masalah mereka dan membuatkan rakyat Malaysia sekadar memandang masalah UMNO-BN semata-mata.

Dan DAP tidak hanya berhenti setakat itu sahaja. Ketika semua perhatian dan hujah terarah kepada kepimpinan UMNO-BN, DAP buat kerja mereka yang utama, iaitu memindahkan para pengundi ke kawasan-kawasan sasaran.

UMNO-BN pula terhenti segala aktiviti untuk pengukuhan dan persediaan menghadapi PRU-14, sebaliknya tersangat sibuk menjawab serta menyanggah serta bermain politik sesama sendiri sepertimana yang ditunjukkan oleh beberapa orang pemimpin UMNO yang sudah tidak sabar-sabar untuk ke puncak kuasa, atau takut kehilangan penajaan daripada taukeh-taukeh konglomerat seperti Vincent Tan, Robert Kuok, Ananda Krishnan, T.K Lim (Kamunting Bhd), Dick Chan (Kamunting Bhd) dan beberapa orang yang lain.

Kita masih menanti-nantikan saat di mana UMNO dan Barisan Nasional bersegera menyaingi DAP di samping mendedahkan setiap perilaku dan rahsia DAP, terutama sekali membabitkan para pemimpin DAP yang tersangat pandai menudingkan jari kepada orang lain, tetapi tidak pernah berani mengakui atau membenarkan pihak berkuasa menyiasat mereka.... TERUSKAN BACAAN DI SELANGOR CHRONICLE


2 comments:

Anonymous said...

PAP telah menjadi Melayu Singapura kelas ketiga. Harap tak jadi di sini

Anonymous said...

Harap rakyat tidak terperangkap dengan politik yang cuba dimainkan oleh DAP. Rakyat tetap akan mengekalkan perpaduan dan bekerjasama dalam mentadbir negara ini di bawah satu kerajaan secara bersama.

 
Blogger Templates