Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 21, 2016

LAGI SKANDAL LIM GUAN ENG TERKANTOI DAN TERBONGKAR!!!


Dari sehari ke sehari, nampaknya bintang Lim Guan Eng sudah semakin malap. Hampir setiap masa, skandal dan skandalnya terbongkar, terutama sekali yang membabitkan banglo yang baru dibelinya selepas disewa murah selama 7 tahun sebelum ini daripada seorang wanita yang mempunyai kepentingan dalam tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 
Selain menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga adalah Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan, Kebudayan dan Kesenian selain Exco Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.


Bagaimana seorang Ketua Menteri yang menjadikan penjualan tanah sebagai sumber pendapatan aktif dan utama negeri, tidak tahu nilai tanah banglonya sendiri yang terletak di kawasan mewah di mana harga hartanah di situ meningkat begitu tinggi sedangkan dia pula 'berjaya' membeli sebuah banglo di kawasan tersebut pada kadar harga diskaun 60%?

(KLIK UNTUK BESARKAN)

Apatah lagi, LHDN pula telah menghantar penyata yang harus dibayar untuk nilai hartanah berkenaan, masakan Lim Guan Eng tidak tahu lagi? Atau sebenarnya Lim Guan Eng tidak pernah membayar cukai atau alergik tengok surat berkepalasuratkan Lembaga Hasil Dalam Negeri sedangkan dalam rekod LHDN, Lim Guan Eng membayar duti setem di atas nilai RM4.27 juta. 

Bagaimanapun, Lim Guan Eng tergamak berbohong kering dengan menyatakan, dia tidak tahu nilai pasaran rumah banglo milik Miss Phang Li Koon, The Clever Girl'?



7 tahun Lim Guan Eng tinggal di rumah tersebut dan kini dia telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama 8 tahun, malah merupakan antara pakar 'urusniaga tanah' selain berjawatan sebagai Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, alasannya 'tidak tahu' langsung tidak terpakai dan boleh diterima. 



Surat bertarikh September 2015 daripada LHDN kepada Guan Eng jelas menunjukkan bahawa Lim Guan Eng tahu bahawa rumahnya berada di bawah paras nilai sebenar dan oleh kerana itu, dia perlu membayar cukai setem sebanyak RM122,000.00.

Penilaian RM4.27 juta oleh LHDN ke atas hartanah itu, adalah berdasarkan kepada penilaian Jabatan Penilaian yang biasanya lebih rendah berbanding penilaian firma swasta dan nilai pasaran sebenar.


Justeru, urusniaga Lim Guan Eng sebanyak RM2.8 juta sebenarnya lebih rendah sebanyak RM1.4 juta berbanding penilaian sahih dan fakta bahawa dia telah membayar cukai setem RM122,000.00 (yang mana ia adalah untuk RM4.27 juta) bermakna, Lim Guan Eng benar-benar tahu tentang nilai sebenar banglonya yang dibeli pada harga yang terlalu murah. 

Sekaligus, sebagai penjawat awam yang terikat dengan undang-undang, Lim Guan Eng tidak boleh lari atau mengelak daripada bertanggungjawab atas perbuatannya!



Terkantoi lagi anak Lim Kit Siang yang popular dengan hujah dan dalih serta mudah menyalahkan orang lain ini....

Yang menjadi persoalan sekarang, siapa sebenarnya yang membongkar rahsia paling dalam Lim Guan Eng ini sehingga dokumen-dokumen tersebut boleh ditemui bersepah-sepah di dalam Facebook?


3 comments:

Anonymous said...

Wow...aku ingatkan ms phang tu makcik tua, ropanya wow.. ehem berselera lagi ek si tokong ni walaupun bini dok kepong kiri kanan..huah huah huah..

Anonymous said...

Kasi bungkus ini kafiak !!!

Anonymous said...

Bau hanyir bro...usahlah bayangkan

 
Blogger Templates