Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 22, 2016

(VIDEO) KESIAN KIT SIANG... AHLI DAP SENDIRI BALING TELUR KEPADANYA DI JERANTUT SAMPAI TERPAKSA LARI IKUT PINTU BELAKANG!!!


Nampaknya, Lim Kit Siang juga terpalit dengan skandal tanah serta banglo anak lelakinya, Lim Guan Eng.

Walaupun Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah memberi alasan kononnya, perbuatan tersebut dilakukan oleh ahli-ahli DAP yang tidak berpuas hati dengannya berhubung pemilihan calon DAP untuk DUN Damak pada PRU lepas, tetapi alasan tersebut terlalu singkat otak memandangkan PRU-14 hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, manakala PRU-13 sudah mula dilupakan.

Kononnya, ahli-ahli akar umbi yang mengamuk itu berang kerana calon pilihan mereka, Koh Boon Heng tidak terpilih.

Dalam kejadian tersebut, Leong Ngah Ngah telah dibaling telur semasa satu forum politik diadakan di sebuah kedai kopi di Jerantut. Bersama-sama Leong adalah Penasihat Agung Parti, Lim Kit Siang apabila sekumpulan ahli akar umbi DAP menyerbu dan mula mencarut-carutkan Leong dan Lim Kit Siang dalam bahasa Cina pekat.


Dalam kekecohan itulah, telur dibaling dan mengenai dada Leong Ngah Ngah. Kumpulan akar umbi itu kemudiannya mengoyakkan dan merosakkan papan tanda pusat khidmat DAP Jerantut sebagai protes kemarahan mereka.


Kerusi DUN Damak telah ditandingi empat penjuru pada PRU lepas yang kemudian dimenangi oleh calon BN, Lau Bee. Pergeseran atau lebih tepat lagi antara PAS-PKR-DAP menyaksikan ketiga-tiga parti yang pada ketika itu bergabung dalam Pakatan Rakyat tidak dapat mencapai kata sepakat dan meletakkan calon masing-masing di kerusi DUN tersebut.

Koh Boon Heng yang merupakan Timbalan Pengerusi DAP Pahang menjadi calon BEBAS dan berjaya memperolehi undi sebanyak 7,843 berbanding calon BN yang memenangi DUN Damak, 7,905 undi. Majoriti kemenangan calon BN hanyalah 64 undi.


Bagaimanapun, sumber-sumber terdekat DAP Jerantut pula menafikan, kekecohan tersebut berpunca daripada Koh Boon Heng, malah 'serangan' tersebut juga tidak mempunyai kaitan dengan Leong Ngah Ngah sebaliknya Pengerusi DAP Pahang itu cuba mempertahankan Lim Kit Siang daripada dibaling telur kerana tidak puas hati berhubung pemilikan hartanah Lim Guan Eng.

Entahlah... yang mana satulah... yang pasti, perasaan hormat kepada Lim Kit Siang, nampaknya sudah tidak wujud di kalangan besar akar umbi DAP terutama selepas Lim Kit Siang bergandingan dengan Dr. Mahathir.


2 comments:

Semut Hitam said...

"Kerusi DUN Damak telah ditandingi empat penjuru pada PRU lepas yang kemudian dimenangi oleh calon BN, Jamaluddin Abdul Rahim."

Fakta tak betul ni bro. DUN Damak, ADUN dari MCA, Dato Lau Lee.

The Saviour said...

Terima kasih Sdr. Semut Hitam...

fakta telah dibetulkan

 
Blogger Templates