Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 4, 2016

BADRUL AMIN PERTAHAN DOA LAKNATNYA KE ATAS MAHATHIR!!!!


Oleh Badrul Amin Bahron

 Salam…

Ada orang tidak senang dengan doa saya semalam di Dataran Merdeka kerana konon biadab pada Mahathir.

 Sebenarnya begitulah bunyi doa saya sejak awal reformasi sebelum saya disumbat kedalam ISA hingga keluar ISA hinggalah sekarang.

Sekadar itulah kemampuan saya menentang kezaliman yang akan saya, jawab nanti bila ditanya di Mahkamah Allah. Saya tidak berani dan tidak mampu menegur secara berdepan dengan orang yang zalim. Saya hanya mampu sekadar berdoa. Itulah senjata saya.

 Saya tertanya-tanya, kenapa setelah 18 tahun, baru kini doa saya dikritik dan dipertikai oleh teman “seperjuangan”? Adakah kerana hari ini kita teruja bila dapat bersama sepentas dan berkongsi mikrofon dengan Mahathir? Apakah itu memadam segala kezaliman yang dia lakukan satu masa dahulu?

 Demi Allah, saya tidak dendam dengan Mahathir. Saya hanya ingat pesan Nabi agar tidak redha dengan apa jua kezaliman. Nabi juga berpesan agar lawan kezaliman setakat yang termampu. Dan itulah kemampuan saya.

Kepada yang menegur saya kerana berdoa, anda orang hebat dan berani. Saya kagum. Saya pohon, tegurlah orang yang zalim itu secara berdepan mana tahu teguran anda membuatnya sedar dan segera bertaubat.

 Dalam konteks Mahathir, tegurlah dia mana tahu terbuka hatinya untuk minta maaf pada Anwar, keluarga dan rakyat.

Ingat, GST hanyalah satu dari sekian banyak kezaliman yang bermula dari zaman Mahathir. Salam

Reformasi dari saya…

Badrul Amin Bahron

 SUMBERhttp://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/04/04/penjelasan-doa-mahazalim-mahafiraun/

2 comments:

Anonymous said...

Dia bkn ker kena tangkap basah dgn bini org d hotel?? Is he the one?

kaw said...

haikkk...??? dok kaunseling bini orang dalam bilik hotel pukul 3 pagi berani pulak buat....

esuk2 benda yang hang buat dengan bini orang tuh Allah tak tanya ka wahai si badrul burit...???

Sebenarnya klu nak menegur Tun M pun bukanlah satu ancaman pun sekarang...Tun M tuh dah bersara...dah takdak kuasa...

Dasar penipu macam tulah...pakai ketayap tunjuk alim guna nama Allah sekadar untuk dapatkan kuasa...memang ramai sangat pemimpin melayu kat malaysia nih spesis menipu...

 
Blogger Templates