Sedangkan murahnya rumah dan hartanah yang dibeli oleh Lim Guan Eng pula, langsung tidak membabitkan kepentingan rakyat, sebaliknya kepentingan dirinya sendiri.
Tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng sekali lagi cuba menunjuk lagak kononnya dia berani berhadapan dengan sesiapa sahaja untuk berdebat bagi membuktikan kebenarannya. Namun Lim Guan Eng hilang tidak berjejak apabila salah satu syarikat Phang Li Koon didedahkan mempunyai urusniaga dengan Kerajaan Negeri Selangor, walaupun Phang Li Koon dalam akuan bersumpahnya menyatakan dia tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng.
Terbaru, pendedahan membabitkan peranan Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan KLIDC membeli tanah PPRT Taman Manggis Fasa II pada harga yang jauh lebih murah berbanding sebuah blok bangunan terbiar yang terletak bersebelah dengan tanah kosong tersebut.
Semua yang dilakukan tidak menjadi.
Paling malang bagi Guan Eng adalah apabila akhbar-akhbar berbahasa Cina yang banyak menyiarkan berita-berita negatif berhubung pemilikan hartanah Guan Eng pada kadar harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
Malah, sudah ada juga cerita tentang skandal antara Lim Guan Eng dan Phang Li Koon yang sudah tentu tidak akan memberikan gambaran positif kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Nampaknya Guan Eng sudah sampai ke penghujung. Dia perlu menjawab dan berhadapan dengan masalah yang dia sendiri cipta. Selama ini dia seronok membelasah orang, sekarang tiba gilirannya pula untuk mepertahankan diri. Kalaupun SPRM tidak mengambil sebarang tindakan ke atasnya, pendedahan demi pendedahan yang dibuat, akan membuatkan Lim Guan Eng hilang KETOKONGANNYA!!!
1 comment:
Gasak lagi jgn bagi can kt tokong ni
Post a Comment