Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 24, 2016

BOSAN DENGAN PERANGAI LIM GUAN ENG YANG MACAM TERBERAK DALAM SELUAR, ABDUL RAHMAN DAHLAN MINTA GUAN ENG SERETNYA KE MAHKAMAH!!!



Barangkali sudah bosan kerana Lim Guan Eng asyik menyalak dan meroyan kerana debat mereka terpaksa ditangguhkan, Abdul Rahman Dahlan mencabar Lim Guan Eng agar menyamannya ke mahkamah demi mempercepatkan penelanjangan skandal Guan Eng.

Pelbagai pihak termasuklah PDRM dan SPRM telah mendesak agar perdebatan antara Lim Guan Eng dan Abdul Rahman Dahlan yang membabitkan skandal tanah Taman Manggis dan hartanah Jalan Pinhorn yang diperolehi oleh Lim Guan Eng dengan harga murah selain pembabitkan Phang Li Koon, dibatalkan dengan alasan, perdebatan tersebut mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Berbanding kes-kes yang lain terutama yang membabitkan Kerajaan dan pemimpin Kerajaan UMNO-BN, SPRM dilihat terlalu lambat, malah hampir tidak menunjukkan progres langsung dalam kes membabitkan Lim Guan Eng-Phang Li Koon dan DAP.

Mungkin kerana keterbatasannya selaku Menteri Kabinet, maka Abdul Rahman mencabar Lim Guan Eng untuk menyamannya atas dakwaan menfitnah selepas Lim Guan Eng mengejek-ejeknya konon, takut hendak berdebat.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, Lim Guan Eng menunjukkan sikap 'samseng jalanan yang tidak bertamadun' berbanding sebagai seorang Ketua Menteri yang berintegriti.

"Sekiranya dia fikir, pendedahan yang saya buat adalah satu penipuan, saman sajalah saya kerana buat fitnah. Saya dengan penuh gembira akan bertemunya di mahkamah, Sebagai samseng jalanan, dia bijak menggunakan kedudukan saya dan saranan IGP serta SKMM, kononnya saya pengecut," kata Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Kota Belut dalam Twitternya.

Jawapan Abdul Rahman itu adalah ekoran dakwaan Lim Guan Eng kononnya Abdul Rahman perlu mengaku bahawa dia telah kalah dan takut untuk berdebat secara langsung dengannya.

Debat yang sepatutnya dilangsung antara kedua-duanya membabitkan tanah skandal Taman Manggis dan hartanah di Jalan Pinhorn, telah dibatalkan atas nasihat serta desakan panel SPRM dan Ketua Polis Negara.


2 comments:

Anonymous said...

Hah! tunggu bapak lagi saman lah. Bukan kah saman itu mainan pembangkang. Majoriti peguam adalah pro pembangkang. Bila lagi nak tunjuk jaguh.

Anak Sabah dari Kota Belut sudah buka langkah bila lagi Tokong Lim Moi Moi mahu sahut cabaran.

Siapa kala,h siapa salah masuk jel barulah hebat! Ini hanya debat macam ayam kokok kalah menang ekor penuh taik.

Anonymous said...

kalau jantan ada tulur...samanlah. debat court dalam. selalu pembangkang banyak kuat saman.

 
Blogger Templates