Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 24, 2016

MUKHRIZ KENA MENUNTUT ILMU PEMBOHONG TAHAP TINGGI DARIPADA BAPANYA LAGI!!!



Tak tahulah di mana sebenarnya kegeniusan dan kebijakan Mukhriz Mahathir sebagaimana yang didakwa oleh para penyokong dan pengkagumnya. Barangkali kalau tanpa Mahathir di hujung namanya, Mukhriz bolehlah disamakan dengan pak lawak-pak lawak sarkas yang terpaksa menyolek muka mereka dengan mekap tebal bagi mengelakkan orang melawakkan dan menggelakkan mereka ketika mereka sedang berak!

Para penyokong dan pengkagumnya yang sudah tidak dapat menjawab dan bingung untuk membela Mukhriz sentiasa berkata, buat apa menyerang Mukhriz dan adakah dengan menyerang Mukhriz dan bapanya, sokongan kepada UMNO dan Najib akan bertambah?

Jawapannya mudah, membiarkan Mukhriz dan Mahathir meneruskan pembohongan dan tindak tanduk mereka juga, lebih cepat menjahanamkan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional. Mukhriz dan Mahathir juga tidak menambah baik UMNO, BN dan Najib.

Selepas ditanya oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Mukhriz cuba menunjukkan yang dia seorang naif. Pertanyaan balasnya, bagaimana seorang ADUN boleh terus menjadi Perdana Menteri kerana Perdana Menteri memerlukan kerusi Parlimen, benar-benar membodohkan orang ramai. 

Muhyiddin Yassin adalah contoh paling dekat, bagaimana seorang ADUN boleh bertukar menjadi Ahli Parlimen. Najib Abdul Razak juga daripada seorang ADUN yang merupakan Menteri Besar Pahang, bertukar menjadi Ahli Parlimen selepas mendapat pangkat tinggi di dalam UMNO.

Mukhriz nampaknya perlu belajar berbohong lagi, terutama pada tahap yang lebih tinggi sebagaimana yang bapanya lakukan. 

Contoh terbaik pembohongan bapanya ialah, semasa memberitahu media Singapura bahawa tiada sesiapa pun yang memprotes ke atasnya dan menuntut perletakan jawatannya walaupun pada tahun 1987-88, wujudnya gerakan Ku Li-Musa yang hampir menumbangkannya dan Mahathir terpaksa membiarkan UMNO asal diharamkan oleh mahkamah. Manakala pada tahun 1998-2003 Gerakan Reformasi yang menyaksikan Mahathir terpaksa bergadai dengan Suqui dan Dong Zhong demi kelangsungan kewujudan dan kemenangannya sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan. 

Kesemua maklumat tentang peristiwa tersebut boleh diperolehi dengan mudah terutama yang membabitkan Reformasi apabila bermulanya era media sosial. 

Mukhriz cuba memutarbelitkan kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri yang berkata, Mahathir mahukan Mukhriz menjadi Perdana Menteri yang mana Mukhriz cuba menafikanya dengan berkata, dia tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk jawatan tersebut. 

Reaksi daripada kenyataan Mukhriz itu, SUA PM bertanyakan beberapa soalan mudah: 

"Mengapa bertanding jawatan Naib Presiden UMNO sekiranya tidak berminat, tiada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri?"

Berbanding menjawab soalan mudah itu secara berterus-terang, Mukhriz memberikan tiga alasan yang mana kesemuanya tidak boleh dipakai!

"Saya hanyaah seorang ADUN dan bukannya Ahli Parlimen. Perdana Menteri tidak akan memilih saya sebagai Senator semata-mata bagi membolehkan saya mengambilalih jawatan Perdana Menteri."

Ini adalah jawapan yang bolehlah dianggap cuba membodoh-bodohkan pembaca. Pertama, tiada sesiapa pun yang berkata, dia perlu menjadi Perdana Menteri terus selepas menjadi Naib Presiden. Teorinya ialah Mahathir mahukan Mukhriz menjadi Perdana Menteri akhirnya dan merintis ke arah itu dengan menggunakan orang seperti Muhyiddin Yassin yang rahsianya banyak dipegang oleh Mahathir. 

Mukhriz sendiri adalah Ahli Parlimen Jerlun pada tahun 2008 dan tiada sesiapa pun yang menafikan bahawa dia boleh kembali bertanding sebagai Ahli Parlimen pada tahun 2018 selepas Najib dipaksa melepaskan jawatan kepada Muhyiddin Yassin atau sesiapa sahaja. Jadi, tidak perlulah sebenarnya bercakap tentang Senator.

Alasan kedua, menjadi Naib Presiden tidak semestinya akan membolehkan kita menjadi Presiden dan kemudian Perdana Menteri. 

Dah habis alasan ler kut, sampaikan alasan macam ni pun, Mukhriz terpaksa gunakan. Memang benar, menjadi Naib Presiden bukanlah jaminan menjadi Presiden dan perdana Menteri tetapi tanpa jawatan Naib Presiden bermakna, tugas untuk menjadi Presiden menjadi lebih sukar. Jawatan Naib Presiden adalah langkah paling dekat kepada jawatan Presiden.  

Alasan Ketiga: Kita tidak perlu menjadi Yang Berhormat (YB) untuk bertanding jawatan Naib Presiden. 

Dalam tiga-tiga jawapan ini, ini jawapan paling bangang yang mampu diberikan oleh anak bekas Perdana Menteri yang diuwar-uwarkan sebagai mewarisi kebijaksanaan bapanya.

Bukankah lebih mudah kalau Mukhriz mengatakan, dia mahu menjadi Perdana Menteri kerana bapanya mahukan dia menjawat jawatan tersebut. Dan itulah sebab mengapa bapanya begitu marah apabila dia kalah pada 2013 dan menuduh Najib serta UMNO bersubahat mengalahkan Mukhriz. Mahathir turut melontarkan pelbagai tuduhan selepas kekalahan Mukhriz dan meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas tetapi kemudian menarik kembali perletakan jawatannya sebelum merancang dan menjadi dalang menumbangkan Najib selepas itu. 

Tidak bolehkah Mukhriz belajar menjadi jujur atau paling belajar menjadi PEMBOHONG YANG SAMA HEBAT DENGAN BAPANYA?


1 comment:

Anonymous said...

Mamak kerala lidah bercabang.

 
Blogger Templates