Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 11, 2016

MEMALUKAN!!! PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA DITEMPELAK DR. ZAKIR NAIK KERANA TIDAK TAHU BERSYUKUR!!!



Wakakkakakak!!!

Ni memang betul2 kelakar beb!!! Member aku Hazlyn Ismail pegi kuliyah pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik kat Stadium Tertutup Gong Badak semalam.

Macam biasa lepas habis kuliyah beliau akan dibuka sesi soal jawab. Lalu bangunlah seekor cai bertanya soalan. Malangnya cai ni adalah pelajar perubatan perempuan kononnya.

Aku tak sure cun ke tak sebab aku tau itu soalan pertama hangpa tanya kat aku nanti. Yang aku pasti dia tanya soalan bongok.


Soalan dia bunyi begini, "Kenapa kerajaan Malaysia tidak menghargai pelajar perubatan seperti saya yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar seperti saya berhutang dan menanggung riba."

Hangpa nampak tak kebongokan soalan? Sengaja timbulkan provokasi supaya kerajaan diburukkan dan dimalukan pada majlis antarabangsa.

Kuliyah ini sedang mendapat liputan langsung dari Peace TV USA! Nanti aku olah lagi kenapa aku kata dia bongok. Hehhehe.

Soalan budak pompuan tu dapat tepukan gemuruh dari gerombolan cai yang lain. Kih333.

Dr Zakir Naik adalah seorang doktor perubatan dari India. Jadi memang ngam lah dia nak jawab soalan begini.

Beliau bertanya, "Berapa yuran pengajian medical kat Malaysia?"

Cai pun jawab, "RM 3600 setahun."

Kih333X!!!


Terkejut badak la Dr Zakir Naik. Sebab dia tau kos pengajian medical mmg mahal nak mampus.

Dr Zakir Naik kata, "kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah RM100K. Kira baik la tu kerajaan Malaysia beri subsidi banyak utk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah. Yang pergi ambil pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal.

Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana. Malah, Dr Zakir sanggup membiayai pengajian student tu dan kawan2nya skali.

"But please dont blame your government," katanya.

Wakkakakakak!!!!

Sekali kena slam dengan Dr Zakir Naik beb.

Aku rasa dalam hati Dr Zakir Naik mesti kata, "kufur nikmat punya cai. Ko ni patut lahir kat India macam aku. Baru tau erti kesyukuran duduk Malaysia. Dapat mcm2 tapi nak kutuk gomen. Patut budak2 yg power dan bijak2 je buat medic, awat lah Malaysia kasi result yang cukup makan dan pakai kuota Melayu buat medic."

Pada asalnya nak malukan Malaysia, tapi akhirnya kebodohan terserlah seantero dunia. Kih3333.


Ok, kenapa aku kata dia ni bangang. Sebab kos pengajian perubatan ni memang umum tahu merupakan antara pengajian paling mahal di dunia. Kalau orang awam tak tahu pun, pelajar perubatan wajib tahu.

Masa aku 1st time masuk Fakulti Perubatan UM, ucapan pertama Dekan kami pada kami adalah, "Please don't die before graduating (Jangan mati sebelum grad)".

Kami pelik pada mulanya awat Dekan cakap macam tu. Beliau berseloroh sebenarnya kerana selepas itu beliau terangkan bahawa kerajaan telah invest pada setiap dari kami. Setiap kami ada tanda harga seperti pemain bola profesional.

Tanda harga bagi kami pelajar medic UM pada ketika itu (1997) adalah RM 250,000. Itulah nilai pengajian setiap pelajar perubatan tempatan yang kerajaan bayarkan.

Bagi pelajar perubatan Malaysia yang mengaji di luar negara seperti UK, nilainya adalah sebanyak RM 1 juta seoarang!

Namun yuran yang kami bayar hanyalah RM 3000 setahun. Itupun ditanggung biasiswa kerajaan (bagi kes saya.

Note: ada juga yang tak berapa cemerlang kena meminjam PTPTN).

Basically, kerja engkau hanya masuk universiti dan belajar sampai grad cemerlang jadi doktor dan sumbang balik pada negara. Satu sen pun tak payah bayar balik kerajaan.

Mujurlah Dr Zakir Naik yang ditanya soalan adu domba seperti itu. Beliau sebagai doktor perubatan cukup faham betapa mahalnya kos pengajian medical.


Di India, hanya yang kaya raya saja boleh menjadi doktor. Kadang kala keluarga miskin akan bergolok gadai tanah dan harta serta membuat pinjaman pada ceti2 di sana bagi memenuhi impian anak yang ingin menjadi doktor.

Kat Malaysia?

Anak penjaja kecil di kaki 5 pun boleh belajar hingga menjadi doktor pakar tanpa sebarang hutang!

Kalau tanya Ustak Mekdee memang terus dia zikir, "kerajaanggg bodow, ajen yahudi dan kerajaanggg zalinggg."

Kalau tanya moptee lagi best, dia akan menitikkan air mata buaya sambil berpuisi spontan dengan perlian penuh hasutan terhadap kerajaan.

Siapa nak tengok video Dr Zakir sekolahkan budak tu, boleh tgk kat link video DI SINI.

DARI FB DR. ABDUL RAHMAN KADIR 


10 comments:

Anonymous said...

Bakal doctor bodoh !!! X brsyukur dgn nikmat yg ada. Boleh nk burukkn kerajaan.. Takut gak ada doctor biul nih..

Anonymous said...

Budak pompuan tu jwb three thousand sixty hundred... Hahahaha... Mane punya student ni... Bodo nanang muh nih...hahahahahahha...

Anonymous said...

bagus jg jawapan dr zakir tu...hrp student tu paham la.

Anonymous said...

mngkinkah ada yg sanggup kata dr zakir pun makan dedak jgk...

Anonymous said...

risaunya doktor biul nih masuk perkhidmatan besok...disebabkan otak biulnya tah berapa ramai pesakit menemui ajal sia-sia

Anonymous said...

Harap budak ini faham maksud yg menyusuk hati jawapan Dr Zakir Naik itu.Insaf dan bersyukur dgn apa yg Allah anugerahkan kpd kita.Jangan mudah sangat berasa tak puas hati . ..komplen memanjang . . Tak ada apa nak dibanggakan. Jadi Doktor tu biasa ajer mcm profesyen lain juga.

Anonymous said...

Rasa bijak sangatlah tu....bakal doktorlah katakan....forum international agama di burukkan pihak kerajaan, mung ning paham majlis ke dok? Kalau nak berpolitik jadi calun beri khidmat bukan cari salah orang.

Anonymous said...

Kerajaan tak anti Zakir Naik. Dia tokoh maal hijrah 2013. Halangan tu atas sebb tajuk ceramah yg mengudang kontroversi masyarakat hindu.

Anonymous said...

Adoiii..org mcm ni nk jadi doctor..bagi aku mmg x layak..bersyukur lah wahai macai..kan dh kena sebijik.

Anonymous said...

budak kena kenser otak nih dh dpt pembelaan umno terengganu..terbaik laa mb ganu...berapa ramai student yg sokong umno xdpt pula...isyarat jelas jd lah student sewel pasti akn dpt habuan

 
Blogger Templates