Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 25, 2016

SAYANG, BERKILATNYA KEPALA MUKHRIZ, TIDAK MEMANCARKAN KECERDIKANNYA KETIKA DI DUN KEDAH HARI INI!!!



Sidang DUN Kedah yang berlangsung setengah hari sahaja hari ini, menyaksikan Mukhriz atau nama khuniahnya, 'Boboi' muncul buat kali pertama selepas tidak lagi bergelar Menteri Besar Kedah. Membawa sikap orang bandar di DUN orang kampung, dan sifat juah yang tidak sepatutnya wujud bagi seorang ADUN Ayer Itam, Mukhriz seperti melepaskan kekecewaannya dengan cuba membodoh-bodohkan Exco, Menteri Besar dan ADUN-ADUN UMNO-BN Kedah yang lain. Dan barangkali juga kerana sokongan daripada ADUN-ADUN PAS dan PAN, membuatkan dia rasa, dia mampu memulangkan paku buah keras sekaligus merendah-rendahkan keintelektualan orang Kedah.

Sepatutnya Mukhriz perlu sedar, dia berada di Kedah malah mendapat kuasa dan nama di Kedah adalah kerana bapanya, bukan kerana dirinya sendiri. Kalau dia berasakan, seluruh rakyat Kedah akan bersama-samanya dan UMNO Kedah akan tertungging hanya kerana dia telah dijatuhkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah, Mukhriz dan para penyokongnya tersilap besar.

Ini jelas bagaimana, Mukhriz hanya bersendirian di DUN Kedah walaupun masih di bangku ADUN-ADUN Kerajaan negeri. Soalan-soalannya yang dianggap dapat 'membunuh' dan mematikan Ahmad Bashah, hanya sekadar menampakkan kelemahannya selaku kepala pentadbir Kedah sebelum ini.

Menggunakan modal Lapangan Terbang Kulim yang menjadi buah fikirannya sewaktu bergelar Menteri Besar Kedah dahulu, Mukhriz bertanyakan kepada Ahmad Bashah (Bakar Bata), tentang progresnya. Malahan menyindir sekiranya Kedah tidak mempunyai wang, sepatutnya Ahmad Bashah merengek meminta bantuan daripada 1MDB.

Hasilnya, Mukhriz Mahathir dibalun oleh rakan sepasukan sendiri. Tiada seorang pun yang sebelum ini dikatakan menganggotai pasukannya, yang bangun membela Mukhriz, sebaliknya Mukhriz disindir kerana tidak berbuat sesuatu untuk merealisasikan pembinaan lapangan terbang ciptaannya itu semasa menjadi Menteri Besar Kedah, sebaliknya sekadar bercakap dan terus bercakap, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada penghujung minggu untuk bersama-sama keluarganya.

Rumah Siap, Pahat Berbunyi...

Barangkali itulah yang lebih tepat diperumpamakan kepada Mukhriz.


Lapangan Terbang Kulim, hanyalah salah satu daripada angan-angan besar Mukhriz Mahathir. Mukhriz sendiri mengharapkan Kerajaan Persekutuan menyiapkan projek tersebut untuknya walaupun sebenarnya, peranan Kerajaan Persekutuan sangat kecil memandangkan ia adalah projek angan-angan seorang Menteri Besar yang cuba mencari pengaruh dan angkat kepala orang ramai.

Kerajaan Negeri Kedah di bawah Ahmad Bashah seharusnya melupakan terus legasi angan-angan Mukhriz Mahathir terutama sekali Lapangan Terbang Kulim yang bukan sahaja akan memakan belanja yang sangat besar termasuklah untuk mempromosikannya, tetapi juga dari segi politik, akan berhadapan dengan kerugian besar.

Itu belum lagi melibatkan tanah-tanah orang Melayu Kulim yang akan dikorbankan sebagaimana projek-projek di bawah pentadbiran bapa si Mukhriz dahulu yang mengerjakan ekuiti Melayu dahulu tetapi labanya kemudian dinikmati oleh orang lain.

Cuma nampaknya, sehingga 2018, Ahmad Bashah dan ADUN-ADUN BN Kedah kenalah bersabar hati melihat kelibat Mukhriz di Dewan DUN. Dan kenalah juga menebalkan cuping telinga mendengar dia merengek-rengek menyalahkan orang lain tanpa sedar, semasa dia berkuasa dahulu, dia tidak berbuat apa-apa pun tetapi selepas hilang kuasa, baru sibuk nak tunjuk bagus.


No comments:

 
Blogger Templates