RM305 juta yang dibazirkan begitu sahaja untuk membayar tiga laporan kajian, tidak mampu dijawab atau diterangkan secara terperinci. Malahan kenyataan daripada Kementerian Kerja Raya bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah memohon keizinan daripada Kementerian Kerja Raya untuk pembinaan terowong dasar laut itu, membuatkan mukanya merah padam.
Dia mendapat akal untuk 'memadankan muka' Kementerian dan Fadilah Yusof. Dia mereka-reka cerita tentang Jambatan Pulau Pinang Ketiga. Kononnya surat dihantar bertahun-tahun dahulu dan Kerajaan Pusat menyusahkan dan tidak meluluskan permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Bila Fadilah kata, Lim Guan Eng berbohong tentang surat itu, Lim Guan Eng segera mengarahkan pekerjanya menulis surat dan buat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan.
Permohonan baru. Tapi sekadar surat. Guan Eng enggan serahkan pelan pembinaan Jambatan Pulau Pinang Ketiga itu. Katanya, Kerajaan Pusat perlu luluskan permohonan dahulu, barulah dia bagi pelan Jambatan Ketiga Pulau Pinang.
Yang sebenarnya, Jambatan Pulau Pinang Ketiga itu, baru sahaja terlintas di fikirannya. Sebab itulah, tiada apa-apa seperti pelan mahupun surat permohonan. Semuanya kerana Lim Guan Eng cuba mengalihkan tumpuan RM305 juta dan projek terowong dasar lautnya yang tidak mengikut spesifikasi serta melanggar banyak undang-undang.
Gelagatnya yang seakan-akan samseng sungguh menarik. Dia memaksa Kerajaan Persekutuan untuk memberikan kelulusan tanpa perlu sebarang dokumen sokongan.
Bagaimana Kerajaan Persekutuan nak luluskan projek bernilai berbilion-bilion ringgit itu tanpa sebarang perincian?
Dalam isu RM305 juta, adakah Lim Guan Eng mengamalkan perbuatan yang sama? Adakah kajian tersebut sudah lengkap atau wangnya sudah habis, kajian entah ke mana-mana? Mengapa kajian bernilai RM305 juta itu tidak diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya?
Bukankah kajian tersebut ada kepadanya? Atau Lim Guan Eng ingin memberitahu bahawa kajian tersebut telah hilang seperti hilangnya wang rakyat Pulau Pinang kepada syarikat-syarikat yang diberikan kerja membuat kajian tersebut?
Guan Eng menyatakan, lakaran dan pelan jurutera untuk Jambatan Pulau Pinang Ketiga itiu sangat mahal. Jadi, dia tidak boleh serahkan kepada Kementerian tetapi adakah RM305 juta tidak mahal untuk kajian yang entah apa-apa?
Akal apa pula si Guan Eng ini?
Makin lama makin mengarut dan makin terdesak!!!
No comments:
Post a Comment