Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas Norlelawati Ibrahim, 28, selepas dia mengaku bersalah mencuri 12 jenis barang bernilai RM462.96 termasuk dua susu formula bayi milik Aeon Mid Valley, di sini pada 10.15 malam, 28 Mei lepas.
Mahkamah memerintahkan surirumah itu menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 28 Mei lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.
Norlelawati yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia dan suami masing-masing tidak bekerja serta mempunyai dua anak berumur 10 tahun dan tiga tahun. — Bernama
2 comments:
Yang songlap 2.6 Billion bersama 42 Million masih bebas pulak eh?
3 Juta masuk a/c peribadi suri rumah hasil apa.....?
Memang salah walau sehinggit pun....tapi kalau dah kepala-lanun tunjuk jalan semua boleh apa....tak gitu?
bodoh punya admin,awak tahu pencuri dalam islam sebenar bolih hukum potong tangan,hukum penjara apa ada hal.
Post a Comment