Kaum perawat dan institusi perkhidmatan perubatan kerajaan seringkali dipandang lekeh. RM1 dan RM5 serta maksimum RM500 untuk rawatan yang lebih serius, dijadikan sebagai faktor utama untuk memperlekehkan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyatnya yang tidak reti bersyukur.
Hakikatnya, bagi mereka yang sering keluar masuk hospital, terutama sekali membabitkan hospital swasta yang akan menelan wang anda sebanyak-banyaknya atau kalau menggunakan insuran, akan menampil caj rawatan yang hampir tidak munasabah, amat sedar dengan kelebihan yang ada di hospital-hospital kerajaan.
Yang utamanya ialah, di hospital-hospital kerajaan sahajalah para pakar dalam pelbagai bidang perubatan bersarang. Hospital-hospital kerajaan jugalah yang memiliki bukan sahaja kepakaran, malahan keperluan perubatan yang ada hospital swasta tidak mampu sediakan, seperti vaksin untuk patukan ular. Malahan peralatan hospital kerajaan juga jauh lebih canggih walaupun mengenakan caj yang tersangat rendah kepada para pesakit.
Itulah yang berlaku kepada Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Hanipah yang mengalami komplikasi usus dan terpaksa dihantar oleh hospital swasta terkenal di Alor Star ke Hospital Pulau Pinang.
Sebenarnya itu adalah proses yang seringkali berlaku terutama membabitkan penghantaran para pesakit serius dari hospital swasta yang telah pun menelan puluhan ribu ringgi sebagai caj rawatan ke hospital kerajaan yang akan merawat dengan hanya bayaran maksimum adalah RM500 sekiranya pesakit tersebut adalah rakyat Malaysia, dengan jumlah sebenar telah diserap oleh subsidi perubatan yang disediakan oleh kerajaan.
Bayangkanlah harga ubat-ubatan yang tidak murah, digunakan oleh hospital-hospital kerajaan untuk merawat para pesakit tetapi kebanyakan rakyat Malaysia langsung tidak pandai bersyukur dan seringkali beralasan, ITU SEMUA ADALAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN.
Masalahnya ialah, hanya KERAJAAN MALAYSIA YANG TERLALU BODOH UNTUK MEMBERIKAN SUBSIDI berjumlah berbilion-bilion ringgit setahun untuk rakyat Malaysia yang tidak tahu diuntung!!!
4 comments:
cabaran nak masuk hospital kerajaan ialah wad selalu penuh, tak dapat masuk wad.... dan selalunya bukan penuh dgn warga malaysia pun...
Bukan ke MEDIA ARUS PERDANA kata, pengsannya tak
serius....cuma kurang tidor je...........????
Jadi, apasal asik pindah dari satu spital ke
spital yang lain............?????
Takut kena buat PRK ke........?????
Ini petanda Allah - satu demi satu rebah ke tanah.
Akhirnya yang tinggal cum AH JIB, si Bugis lanun.
Allah tidak musnahkan dia, tapi dihapuskan
mereka di kelilingnya.
Jadi, jangan bongkak sangat Ah Jib tak boleh jatuh.
Ada macam-macam cara untuk jatuh.
Jatuh helikopter atau kapal terbang salah satu caranya
Bayar mahal2 tp hspital swasta x mampu bg ape yg psakit inginkan iaitu sembuh..jd ape perlu hspital swasta..
Apahal pulak penulis nak marah rakyat . . .tak bersyukurlah bebagai lah.Apa ceta? Kalau bagus sangat kenapa tak terus hantar ke GH Alor Setar aje? Kenapa mesti meraban hantar ke Penang . .swasta pulak tu.Apa pesepsi orang kerajaan(level vip lah!)terhadap hospital kerajaan? Habis, kenapa meroyan nak marah2 rakyat pulak ni!
Post a Comment