Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 7, 2016

PAN DAN DAP KATA, BUDIMAN TAK BOLEH JADI AHLI PARLIMEN SEBAB NANTI TAK CUKUP MASA... EH, EH... MACAM LAH GUAN ENG TU DUDUK MELEPAK DI PARLIMEN DAN DUN YANG DIWAKILINYA!!!



Antara kempen dan hujah yang paling menarik oleh PAN dan Pakatan Harapan (DAP) yang menyerang calon-calon dari BN dan PAS ialah, kedua-dua calon tersebut adalah ADUN dan mereka tidak seharusnya tamak untuk menjadi Ahli Parlimen. Kononnya, mereka tidak akan mempunyai asa untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat pengundi mereka. 

Hujah dan kempen yang sungguh lawak. Sekaligus seperti ingin memberitahu bahawa telah terbukti selama ini, para pemimpin DAP yang menjadi Ahli Parlimen dan ADUN seperti Lim Guan Eng telah gagal memberikan khidmat kepada rakyat yang diwakilinya.

Budiman Zohdi adalah ADUN Sungai Panjang. Sungai Panjang merupakan salah satu daripada DUN yang terletak di bawah Parlimen Sungai Besar. Semenjak bergelar ADUN Sungai Panjang, Budiman Zohdi telah melakukan kerja yang sangat baik di kawasannya. Malah jauh lebih baik berbanding Wan Azizah, Nga Kor Ming dan Azmin Ali, bahkan Lim Guan Eng sendiri. Dia bukan sahaja ada banyak masa di Sungai Panjang, bahkan mempunyai jadual dan aktiviti yang sangat ketat di seluruh Sungai Panjang walaupun baru tiga tahun bergelar ADUN Sungai Panjang. 

Dengan kata lain, separuh daripada kerja di Parlimen Sungai Besar, telah pun dilaksanakan oleh Budiman Zohdi berbanding Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan dari DAP apatah lagi calon PAN, Azhar Abdul Syukur yang menjadi barua DAP.

Calon PAN itu sendiri bukannya pengundi di Sungai Besar walaupun dikatakan dilahirkan dan dibesarkan di Sungai Besar.

Barangkali sudah ketandusan hujah atau juga mungkin berniat menipu dan memperdayakan, PAN mahupun DAP terlupa langsung untuk menyebut tentang para pemimpin mereka yang mempunyai kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan DUN, malah jumlah mereka juga jauh lebih ramai berbanding BN dan PAS.

Sebagai contoh, Lim Guan Eng adalah ADUN di Air Putih, di bahagian pulau, Pulau Pinang, tetapi menjadi Ahli Parlimen Bagan di tanah besar. 

Wan Azizah punya kes lagi menarik. Dia adalah ADUN Kajang di Selangor tetapi Ahli Parlimen di Permatang Pauh yang jaraknya lebih 300 kilometer.

Lim Guan Eng dan Wan Azizah tersangat jarang berada di DUN mahupun Parlimen yang diwakili sebaliknya sekadar sibuk beretorik dengan menimbulkan pelbagai isu sensasi kononnya untuk menunjukkan mereka bekerja untuk rakyat, walaupun hakikatnya mereka sedang mengusahakan kepentingan diri sendiri.

Mujurlah juga Mat Sabu, Presiden PAN tidak bertanding di Sungai Besar. Kalau tidak, drama pembohongan PAN dan DAP jauh lebih menarik....


No comments:

 
Blogger Templates