Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 7, 2016

APEK GILA INI BENAR-BENAR SEORANG WIRA... TERIMA KASIH KERANA HADIRMU SEBAGAI ANAK MALAYSIA!!!



"I rather lost everything than lost my duties as a living man."

Itu cogankatanya.

Dia amat cergas dan aktif dalam Community Policing. Juga amat aktif memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira kau. Pendiriannya adalah 'KITA SEMUA ANAK MALAYSIA'.

Pada ketika majoriti rakyat negara ini cukup berminat dengan politik dan meletakkan kesemua masalah kepada kerajaan, Kuan Chee Heng merupakan antara segelintir anggota masyarakat yang tahu serta faham tentang tanggungjawab sosial mereka, melaksanakannya tanpa sebarang publisiti media secara besar-besaran.


Nama dan kelibatnya mungkin tidak popular memandangkan dia bukannya pemimpin NGO terkenal yang kuat membuat laporan polis atau pun ahli politik yang akan mempolitikkan segala-galanya. Namun di kalangan Netizen, nama dan aktiviti yang sering dilakukannya, bukanlah perkara asing.

Bantuan-bantuan yang diberikannya mungkin bagi kebanyakan orang hanyalah bersifat kecil, tetapi mereka yang menerima bantuan darinya serta kumpulannya amat berterima kasih.



Dalam dunia yang semakin kuat budaya materialistiknya, syukurlah masih ada segelintir orang seperti KUAN CHEE HENG. Kita mungkin boleh bersyak-wasangka dan membuat tuduhan-tuduhan liar kerana ia adalah percuma dan tidak perlu dibayar. Namun dalam apa juga keadaan, akhirnya yang akan menjadi kenangan dan penghargaan adalah hasil kerja, bukannya hasil bercakap.

Terima kasih kepada APEK GILA bernama Kuan Chee Heng yang banyak membantu masyarakat. Sebagai seorang APEK yang mungkin mudah disalahfahamkan, bakti dan budi anda memang amat disanjung.

Terima kasih juga kerana melaksanakan tanggungjawab sosial pada ketika lebih ramai yang hanya pandai bercakap dan mengkritik tetapi terlalu culas untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.



Anda boleh layari FBnya DI SINI.


No comments:

 
Blogger Templates