Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 14, 2016

BEBAS DARIPADA CAMPURTANGAN TUN DR. MAHATHIR, NAJIB RAZAK HARAP PROTON LEBIH CEMERLANG, BUKANNYA SEKADAR HARAPKAN GERAN!!!



Buat kali pertama setelah sekian lama, Najib menyentuh tentang Tun Dr. Mahathir dalam PROTON dan kali ini, nadanya lebih tegas dan lebih keras.

Sekaligus bagi golongan yang remaja atau dewasa pada tahun 80-an, mengembalikan semula ingatan dan nostalgia mereka tentang hubungan antara Tun Dr. Mahathir dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Najib benar-benar mengikut ajaran dan acuan Mahathir. Malah dia lebih menyerupai Mahathir kecuali tindakannya lebih halus berbanding Mahathir yang kasar tetapi Mahathir bijak menyembunyikan tangan dan pembabitannya namun seseorang yang lain perlu menanggung perbuatannya itu. Najib jauh lebih mirip Mahathir berbanding anak kandung Mahathir sendiri, Mukhriz yang sekarang ini hilang lagi. Tindak-tanduk Najib menyerupai tindak-tanduk dan kelicikan Mahathir walaupun berbanding Mahathir, Najib berhadapan dengan masalah yang lebih terkini dan lebih canggih.

Salah satu sebab Mahathir melalak dan menyalak adalah kerana PROTON. PROTON yang ditubuhkan lebih 30 tahun lalu, masih lagi gagal menjana keuntungan mahupun menapak dalam dunia dan industri permotoran dunia. PROTON masih lagi pemain amatur dalam dunia permotoran. PROTON masih tidak dapat membanggakan industri automatif Malaysia di mata dunia walaupun PROTON dikatakan telah mencipta beberapa kejayaan.

Mahathir sebelum ini menuntut agar PROTON yang bukan lagi merupakan syarikat milik negara kerana telah dibeli oleh individu yang juga merupakan konco rapat Mahathir, diberikan geran atau pinjaman mudah daripada kerajaan, kononnya untuk R&D. Apabila kerajaan tidak terus memberikan sebagaimana yang dimahukan, bermulalah masalah yang berlarut-larutan dan semakin dibesar-besarkan dengan beberapa isu lain.

Secara logiknya, PROTON sudah tidak sepatutnya wujud lagi kerana menanggung kerugian yang sangat besar serta langsung tidak mendatangkan hasil, walaupun suatu ketika, model-model keluarannya laris. Atau PROTON wujud tanpa perlu bergantung kepada kerajaan seperti mana syarikat-syarikat automatif lain di dunia ini, yang bergelut dan berusaha memastikan syarikat mereka tidak tergelincir daripada landasan perniagaan dengan mengambil pelbagai langkah memajukan syarikat.

Bukannya mendesak dan bergantung kepada GERAN ATAU PINJAMAN MUDAH KERAJAAN!

Bukan cerita rahsia, campurtangan keterlaluan, kegopohan Mahathir dan tergesa-gesanya tindakan serta dasar dan polisi syarikat, menyebabkan PROTON langsung tidak berdaya saing.

Kini, Mahathir telah keluar dari PROTON dan dia kena berkorban demi menyelamatkan PROTON daripada dimusnahkan oleh ketamakan dan kehalobaannya sendiri.

Najib walaupun merupakan copy-cat Mahathir dalam bentuk yang lebih lembut, tidak membalas dendam terhadap Mahathir sebagaimana Mahathir menghapuskan FIMA (Syarikat Perusahaan Makanan Malaysia) yang dia jadi Pengerusi selepas diterima masuk ke dalam UMNO semula oleh Tun Abdul Razak.

PROTON kembali dibantu dan kata Najib, PROTON kini bebas dari campurtangan Mahathir. PROTON sudah mempunyai hala tujunya yang tersendiri dan diharapkan mampu cemerlang menerusi sedikit bantuan kerajaan.

Yang tidak dikatakan oleh Najib ialah, atau yang paling perlu dilakukan ialah, MEMBERSIHKAN PROTON DARIPADA KONSESI VENDOR KRONI yang menyebabkan bukan sahaja PROTON berharga mahal tetapi juga menjadikan PROTON sebagai lubuk laba golongan tertentu sahaja!


12 comments:

Unknown said...

KAHKAHKAH..........nak percaya cakapNajibkah...???
Pak Erab Ipc sekarang sudah menyaman 1MDB di London,
menuntut hutang berjumlah 6.5 billion hasil jualan
Bon yang duitnya sudah masuk ke akaun Najib dan
dibelanjakan our First Lady of Malaysia di Hawaii
pada tahun 2015 semasa Najib main golf dengan Obama
dan rakayat sedang menghadapi musibah BANJIR.
Siapa nak bayar utang Rm6.5 billion itu......????
Patutlah PAS dah war-war dalam kempennya, GST
akan dinaikan 10%

Anonymous said...

Minah kepoh hihih
Org cerite psl Proton siMinah ni melalut kisah hikayat lain ntah apa bijik butirnya..hihij

Anonymous said...

Mme vendor proton klas 3.... spare part tak ada kualiti...vendor atas vendor cari makan banyak menyebabkan proton susah berjaya...tukar vemdor yg yak berguna dan klas 3 vendor... dah lama nnpk...

Anonymous said...

Hairan aku....sebelum ni segenap penjuru proton kena kondem kununnya banyak kelemahan pembuatan. Hari2 komplen kat tv3. Lepas Tun lepaskan jawatan terus proton jadi sempurna tanpa cacat celanya. Macam ada magic la orang ni ek,

Anonymous said...

Chantek punya spin cik minat chi?

Anonymous said...


Secara logiknya, PROTON sudah tidak sepatutnya wujud lagi kerana menanggung kerugian yang sangat besar serta langsung tidak mendatangkan hasil, ha ha kelakar ler tulisan dedak gred A, mcm tau2 jer, x lama lagi kena jual ler Proton dgn syarikat China..hu hu

Anonymous said...

Mungkin Penasihat dulu ada SIAL. .sekarang Penasihat baru takda SIAL. .jadi maju lah tuh

Anonymous said...

minah bila nk minggal ? org ckp pasal proton , ko merapu ke lain. banyak makan taik mahathir eh ? ke sbb dh lama isap telur dia ? patut bodoh komen x ikut posting admin .

Anonymous said...

DS Zainal sendiri sebagai CEO Proton paling cemerlang dibawah Khazanah, pernah meluahkan kegusarannya bagaimana Tun M suka kacau dan mengganggu pengurusan PROTON. Paling bahaya ialah Tun M mnjadi 'gateway' Vendor penyangak yg membekalkan MASALAH kpd PROTON.. berakar umbi sejak 90an lagi.

Sbnrnya Najib yg menyelamatkan Proton dgn antibiotik yg betul.. iaitu membentuk task force yg memandu dasar Proton spy boleh lonjak keluar berjaya

Task force ini takkn menyibuk nak tentukan perjalanan harian Proton tp lbh utk mencari peluang pasaranvdn rakan strategik.. sesungguh cara Najib inilah cara yg betul seorang bapa yg sayangkan anaknya..

Semoga Allah SWT berikan keberkatan dan kejayaan sebenar buat Proton.

Mazlan said...

Licik betul mulut penulis blog !! Macam laa Najib Tu baik sangat.INGAT..INGAT...tanpa individu Nama mahathir...Anak Malaysia Lebih 6000 Nak Kerja Kat mana....Najib Dah 7 tahun Jadi PM...1MDB Nya menjana berapa banyak pekerjaan utk Anak Malaysia? Berapa keuntungan Dah diperolehi 1MDB? Org Nama Mahathir Ni laa bekorban diri Kerana tamak haloba Najib keluAr Proton utk menyelamatkan anak2 Malaysia....Jangan Jadi hipokrit Wahai blogger....

Unknown said...

Hahaha......LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA.
Zaman Tun Det dulu, Proton was CASH RICH, otherwise
macam mana Proton boleh beli LOTUS dan menaggong
segala kerugian dan pembangunan LOTUS.......????
Kemudian beli Augusta dengan tujuan untuk membangunkan
enjin Proton. Bila Pak Lah amik alih, dia pi jual
Augusta 1 Euro untuk sakitkan hati Tun dan letak Proton
di bawah Dana Harta. Hab is segala duit cash proton di
kerjakan oleh geng Dolah dalam Dana Harta. Dolah tidor
memang nak sakitkan hati Tun. Kalau boleh dia nak
jual Proton, tapi malangnya di kena fikir pandangan
ramai orang. Tiada Proton rakayat marhaen macam aku
takkan dapat berkereta.
Apa SUMBANGAN NAJIB KEPIT.......?????
* Hapuskan Subsidi
* Kenakan rakyat GST.
* TamBah hutang Negara jadi Rm680 BILLION
* 1MDB untuk songlap duit melalui jualan Bon dan
KWSP.
* Jual asset negara macam tanah sungei besi dan IPP
yang dulu milik rakyat M'sia kepada Cina Republik
* Perbahrui lesen IPP YTL padahal buat cerita YTL
kroni Tun.
Sekarang Arab from IPIC sudah menyaman 1MDB di London menuntut
wangnya yang digunakan untuk membayar bon si Najib. Duit hasil
jualan bon sudah masuk dalam akaun Najib dan sudah digunakan
untuk shopping, belanja kawen anak dan buat filem prono anak
tiri. Korang yang bodoh nilah yang akan bayar RM6.5 BILLION
ini kerana Pak Arab tu saman KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.
Pendek kata anak cucu korang bakal bercawatlah

Anonymous said...

Ok tu.xpe

 
Blogger Templates