Untuk merealisasikan suaranya, Mahathir menggunakan saluran pembangkang. Sebab, sebagai orang yang berpengalaman, Mahathir juga tahu, pembangkang lebih diminati untuk acara bising-bising.
Kerana itulah, Mahathir dengan menggunakan gelaran Negarawannya, cuba berpaut kepada ketua-ketua dalam parti-parti pembangkang terutama sekali Lim Kit Siang.
Deklarasinya dengan Kit Siang telah dijadikan penyebab untuk menjadikan dia sebagai Ketua Pembangkang secara tidak rasmi walaupun pada masa yang sama, berulang-ulang kali dia bagitahu dia bukannya orang parti, non-partisan dalam bahasa yang lebih moden.
Namun sebagai non-partisan, Mahathir dan perjuangannya tidak akan ke mana-mana. NGO-NGO yang ada di belakangnya juga walaupun kononnya tidak partisan, tetapi akhirnya tergolek juga di kaki pemerintah walaupun sukar untuk mereka mengakuinya.
Namun untuk menguasai pembangkang sekaligus menjadi Ketua Pembangkang, Mahathir perlu menyertai mana-mana parti pembangkang. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR mencabar Mahathir untuk menyertai mana-mana parti politik kalau benar berhajat untuk menjadi Ketua Pembangkang dan mengepalai serangan ke atas Najib Abdul Razak.
Mahathir telah keluar UMNO. Acah-acah untuk mengajaknya masuk UMNO balik, dibalasnya dengan memberikan syarat Najib perlu dijatuhkan. Sedangkan sudah terbukti, pengaruh Mahathir semakin menipis, segala kerja-kerjanya dahulu, mulai dipertikai dan didedahkan.
Jadi, cabaran Wan Azizah agar Tun Mahathir menyertai mana-mana parti politik, memang tepat pada masanya. Kalau benar Mahathir nak menumbangkan Najib, dia perlu bergabung dengan pembangkang dengan gabungan yang sebenar-benarnya. Bukannya sekadar main acah-acah seperti sekarang.
Soalnya sekarang, selepas Mahathir menolak untuk menubuhkan parti politik baru sepertimana dia menubuhkan UMNO Baru yang kini katanya dikuasai oleh Najib, beranikah Mahathir menyertai mana-mana parti pembangkang di Malaysia?
Atau Mahathir hanya berani dengan deklarasinya sahaja?
8 comments:
Kematangan berpolitik berobjective..total politic.. TDM sebaiknya masuk..pilihan pertama PKR...sebab PKR cucup sumbang tanpa hala tuju langsung untuk negara dan rakyat..total nonsense.. mottonya hanyalah hal Penjara..penjara..penjara.. Biarlah warden buat kerja mereka.. Mahathir dan Azimin bolih membaik pulihkan parti...malah bolih buat pembersihan dalaman dgn memecat kaki kaki yg meroyan hal penjara..saja.. yg tak releven langsung..Atau pilihan kedua..Masuk Pan dgn memecat beberapa anggota yg jiwa keliru dalamnya.. tak susah nak dikenal pasti..keseluruhan yg dari kecewa Pas..melainkan Mat Sabu dan Mahfuz..sebagai orang kuat kanan dan kiri..Mukris..bolih jadi Ketua Pemuda nya.. TDM dan anaknya..hanya perlu sediakan budget untuk running the party...semacam Pajak Parti Pan untuk puaskan nafsu Politik..
Tun M dah cakap awal2 lagi bahawa dia tidak berminat untuk jadi pm sekali lagi. Begitu juaga dgn jawatan2 lain. Apa yg dilakukannya adlah semata mata untuk menyelamatkan malaysia drp tindak tanduk Najib yg merugikan rakyat. Dia juga menyatakan bahawà dia hanya mahu Najib bersara drp jawtan pm dan bukannya mahu mengulingkàn kerjaan yg memerintàh.. ada paham!!!!
Buang Najib lepas tu naikkan Muyiddin yang sekarang penuh kontroversial sebagai PM laluan dan kemudian naikkan boboinya sebagai PM.
Teori yang dipakai madey adalah dari catur politik Lee Kuan Yew.
Assalam Bro,Tun M telah menyatakan bahawa dia hanya mahu menyingkirkan Najib sebagai PM.Dia tak mahu menyertai mana-mana parti politik.....Fahamkan tujuan Deklarasi Rakyat tu dulu....
Pendapat saya Mahathir bukan nak jatuhkan BN atau UMNO. Beliau melakukan supaya Najib bertanggungjawab ke atas laporan yang dikeluarkan oleh media masa asing berkaitan IMDB.
Apa yang perlu Najib buat adalah menjelaskan di khalayak timbang tara untuk membuktikan Mahathir salah.
Kak Wan, saya nak bertanya kenapa suami Kak Wan , DS Anwar Ibrahim semasa memimpin PKR tidak pernah menjadi presiden PKR tetapi hanya Penasihat Umum , satu jawatan yang tidak dipertandingkan? Adakah DS Anwar Ibrahim ahli PKR?
pagi2 dah mendedak...moga2 masyuk la yea...kurrr...kurrr..kurrr
deklarasi dengan komunis chavinst kit siang ? bangsat2 yg sokong madey dah sanggup jd barua cina bukit tu ? deklarasi kepala but la. madey la bapak kroni , bapak nepostima . kau bangsat2 budak berhingus zaman reformasi pernah rasa ke kekejaman madey ? kalau skrg baru nk sembang pasal rakyat , gi mamp . kau dgn deklarasi , dgn madey , kami tendang masa pru14 nanti.
Post a Comment