Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 22, 2016

LAAA.... AHMAD BASHAH HANIPAH MASIH BOLEH PENGERUSIKAN MESYUARAT EXCO KEDAH KA?



Kalau dengar cerita puak-puak penyokong Mukhriz dan ProTun, keadaan kesihatan Ahmad Bashah sudah teruk dan nazak sangatlah.

Konon-kononnya, Ahmad Bashah menerima kifarah kerana merampas jawatan Menteri Besar Kedah daripada anak Mahathir, Mukhriz yang menjadi pengantin puaka di Kedah sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah selepas PRU-13.

Malah ada yang sudah membayangkan betapa kritikalnya Ahmad Bashah selepas dimasukkan ke Kedah Medical Centre ketika sedang mempengerusikan mesyuarat di Alora Hotel, sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan usus.

Dalam tempoh pembedahan tersebut, puak-puak pencinta Mahathir dan Mukhriz terus memperolok-olokkan kesihatan Ahmad Bashah. Mereka bertanya dan mendesak tentang Ahmad Bashah yang masih tidak kelihatan bersama-sama awam.

Mereka fikir, pembedahan usus ini seperti berkhatan. Hari ini kerat, dua hari lagi boleh tunggang basikal?

Pembedahan pada bahagian abdomen, sudah pasti akan memerlukan tempoh larangan lawatan atau muncul di khalayak ramai, untuk mengelakkan infeksi atau jangkitan kuman. Namun menjadi juak-juak Mukhriz bermakna, wajib menjadi bodoh, maka pertanyaan adakah Ahmad Bashah masih lena di Hospital Pulau Pinang, tetap dikeluarkan.


Beberapa pihak termasuklah Menteri Kesihatan sendiri memberikan pengesahan bahawa Ahmad Bashah dalam keadaan stabil tetapi juak-juak dan penyokong Mukhriz sukar untuk menerimanya. Malahan, satu WhatsApp telah disebarkan yang meminta rakyat Kedah membacakan Yassin dan bertahlil untuk Ahmad Bashah, bertujuan membina persepsi bahawa Ahmad Bashah dalam keadaan kritikal. Tidak sukar untuk mengetahui siapa penghantar dan penciptanya kerana yang mula-mula menyebarkannya adalah juak-juak penyokong Mukhriz.

Hari ini, Pentadbiran Negeri Kedah mengadakan mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Ahmad Bashah, Menteri Besar Kedah. Ahmad Bashah sendiri sudah menyatakan tidak sabar untuk pulang ke Alor Star dan menjalani rutinnya selaku Menteri Besar Kedah.

Jelas daripada gambar, Ahmad Bashah berada dalam keadaan yang jauh lebih baik berbanding yang diinginkan dan diidam-idamkan oleh juak-juak Mukhriz!


No comments:

 
Blogger Templates