Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 20, 2016

ISU PENDEDAHAN RPK TENTANG SKANDAL MUHYIDDIN: MUHYIDDIN AMBIL TINDAKAN TEPAT WALAUPUN TERLAMBAT BUAT LAPORAN POLIS!!!



Tengah hari nanti, lebih kurang jam 12 tengah hari sebagaimana dijadualkan, bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Serentak dengan itu, kepimpinan Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) juga akan membuat laporan polis di IPD negeri masing-masing kecuali Sarawak.

Blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin menerusi portalnya, Malaysia Today telah menyiarkan satu siri panjang pendedahan berhubung skandal asmara membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang. Menggunakan Akuan Bersumpah yang dibuat oleh suami wanita tersebut yang merupakan pengakuan wanita itu sendiri kepada suaminya, Raja Petra mendedahkan sesuatu yang sebelum ini hanya cerita-cerita terlindung.

Tan Sri Muhyiddin telah pun membuat penafian tetapi penafiannya di media tidak mampu membuatkan Raja Petra Kamaruddin menghentikan penyiaran dan pendedahan kes berkenaan yang dikatakan akan memasuki fasa prosiding mahkamah hari ini.

Selama beberapa hari, banyak pihak mendesak agar Tan Sri Muhyiddin membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa menghalang penyebaran 'fitnah' tersebut menerusi Internet. Namun selama beberapa hari itu jugalah, pihak Muhyiddin tidak berbuat apa-apa, sebaliknya sekadar membuat penafian dengan alasan klise.

Hari ini, laporan polis dibuat. Walaupun dilihat agak terlambat dan berlaga pula dengan prosiding yang didakwa RPK cuba ditunda atau dihalang oleh Muhyiddin, namun setidak-tidaknya ia mampu membersihkan nama Muhyiddin daripada persepsi negatif.

Muhyiddin mungkin sudah tiada di dalam Kerajaan dan Kabinet, tetapi nampaknya amalan buruk iaitu lambat memberi tindakbalas terhadap sesuatu yang bersifat persepsi seperti dalam kes ini, sudah melekat kukuh dan sukar diubah. Lebih ketara, laporan polis hanya dibuat ketika prosiding mahkamah pula semakin hampir. Penggunaan penyokong seperti GKCM dalam membuat laporan polis di seluruh negara, yang mana sebelum ini juga trend yang sama dalam UMNO apabila menggunakan pelbagai jenis NGO yang sesetengah mereka berpakaian seperti nak berboria, buat laporan polis serentak di seluruh negara.

Sebenarnya, kuantiti laporan polis tidak diambil kira tetapi kualiti laporan itulah yang membolehkan pihak polis bertindak. Kalau setakat laporan polis seperti yang gila dibuat oleh Rani Kulop malah dijadikan publisiti untuk dirinya, ia hanya membuang masa dan mencabuli proses itu sendiri.

Apa-apa pun, tahniah kerana akhirnya buat juga laporan polis biarpun pada masa yang sama, ramai yang lebih berminat dengan prosiding mahkamah untuk kes berkenaan.


11 comments:

Anonymous said...

Alasan Klise.
Apa maksud klise tuan blogger?

TSMY nak buat laporan polis lambat beberapa hari pun kau nak jadikan isu? klise?

Pada pendapat aku, tak payah kau nak tambah persepsi drp RPK. masa najib kena dgn RPK dulu pun blogger2 terkial-kial nak jawab. Klise ke tu?

Kalau SD di jadikan bukti maka, undang2 negara akan bergantung kepada SD sahaja dan ramai akan masuk penjara sebabkan SD.

Dulu najib pun kena SD kes Altantuya. Klise ke?
Walau aku tak sokong Najib sekarang tapi aku tak sambung fitnah drp RPK la fying kick,,

Anonymous said...

aduiii.. tak sangka kote kau hidup lg ye din.. tp apa ke teruk na selera ko ni din.. ah soo pun ko nak tibai ke.. cari lah yg sedap mata memandang sikit.. din ko rasa rakyat perlu percaya tak citer ni mcm citer 1mdb yg ko buat tu.. tp wa percaya din sbb tgk muka ko pun mmg mcm muka pantat...sori to say la din..

Anonymous said...

Pipi lebam bukan sebarang lebam.... asal duit banyak baekk masyukkkk lebam tatap dipandang encem..... klu x ade juta juta agak2 mme x ade yg nak skandal .....hihi

Anonymous said...

Ha..ha...mana mahu lari....?..padan muka...

Anonymous said...

tunggu pkl 12 nanti la anon, baru la bising. ini geng badot sarkas kepala dongga punya mentaliti.

Ted Manoff said...

Tunggu la pendedahan di mahkamah...tak payah panchut awal dengan komen tu

Anonymous said...

RPK bukan buat fitnah tapi dia hanya melaporkan kes tersebut melibatkan TSMY. Mahkamah akan membuat keputusan. Apa nak ditakutkan. Ini belum apa dah berketar2. Lebih banyak musibah besar akan berlaku apa bila lapuran dibuat. Mari kita tengok sinetron TSMY.

Anonymous said...

Najib pulak bila nak buat lapuran polis atas tuduhan2 yg dibuat oleh Tun M dan kumpulannya. Jadilah anak jantan yg berani berdepan dgn musuh2nya.

Anonymous said...

Tok Din sila saman Stanley Augustin. Jangan libatkan rakyat dengan teori konspirasi macam Aljub. China doll@cina doll@jantan doll boleh lingkupkan tahta. Itu kena ingat Allah hakimi hakim.

Anonymous said...

Berabis boreh jer buek apo..lagi elok dari bayor peguom...buek ngumah oghang banjiier ado gak paedoh...kan

Anonymous said...

Huhuhu....aku tak pernah percaya dengan tahap integriti Muhyidin Yasdin sejak dia hafi MB Johor lagi. Jawa totok yang tak ada pendirian.

 
Blogger Templates